Friday, December 23, 2011

doyan oh doyan


sedap betol aku melantak doyan. balas dendam. aritu punya sebakul beso abang ipar aku beli doyan aku tak beranik nak makan. awal-awal preggy dulu. skang ni dah ada keyakinan skit.

hah sekali dapat makan banyak jugak la. dah la badan aku skang banyak angin. asik nak sendawa ngan terkentut jek...senonoh kan aku ni. tapi taklah kentut ditempat awam. habis jahat pon aku kentutkan laki aku je. lepas tu pulak campur dengan gas durian. risau gak aku. tp ok je.

banyak betol doyan skang ni. kalo mak aku la dah lama dia buat santan doyan makan ngan roti jala...huuhuh....mama nak roti jala...cucu nak makan. nanti balik umah mak aku nak paksalah dia buat roti jala cicah santan doyan....nyum..nyum...

eh mana gambo doyannya. 

Kbyeeeeee.........

Thursday, December 22, 2011

bahasew apew kebendew niew



wah sukew - sukew. pandai tak akak cakap bahasew dabaliu. alew bahasew yang banyak urup w ittew lew. khen kalo bukak fb kekanak yang baru tumbuh buluw sukew sangat taip mcm ittew. ape kejadahnyew...penin taw akak bacew. eh kejadah apew pulew aku pegi bacew khennnn...


ah fenin mak taw. kenapew mesti adew w dibelakang tulisan ittew. adakah kerana urup w jarang digunakan ataupun ianya kelihatan comel. bagi akak beruang a n w ittew lagi comey dowh...alew kak ko dengki kan..sbb ko tak pandai guna bahasa w ittew khannnn...

ah sudahlah...sakit mata aku tengok banyak sangat dabaliu nih. tulah kome bebudak skang. apa jadahnya bahasa pakai. fenin taw. kadang - kadang ada yang dok singkatkan bahasa smpai juling - juling aku nak baca. kalo aku kerja dewan bahasa pustaka mesti aku dah nangis dah. 

eh yelah arini kuor result pmr kan...korang masa wat karangan bahasa melayu itu ari adew tak guna bahasa w ni. kalo adew baguslah. korang mungkin akan fail with flying kaler.

aku taleh bayangkanlah kalo bahasa dabaliu ini digunakan sebagai bahasa rasmi macam kat bawah nih. 


dicilok dari ayam dan babi

oi kak gambo kecik benaw (wakakakaka kbye)

Thursday, December 15, 2011

persepsi

ini adalah entry pendek je

kenapa kalo pompuan jalan-jalan pegang tangan kadang - kadang peluk memeluk orang tak cakap pape. contohnya...eiiii...lesbokah mereka.?

tetapi kenapa kalo lelaki beselah kadang-kadang bergurau atau bermesra untuk menunjukkan kasih sayang sesama kawan sering disalah anggap. euwwwww....mereka adalah gay.

kenapa? benda ni juga bermain kat palotak aku. kenapa???? kenapa persepsi kita mesti mcm itu. 

ok itu saja....

Wednesday, December 14, 2011

naik darah

sapa buat ko naik darah kak? hohohoh....doktor la...manede...ni nak citer last month gi cek baby darah akak menurun. so dpt pelekat ijo sbb akak disahkan anemia. risau gak akak. bahye nih kalo si ibu kekurangan darah. bleh effect kat baby tu...

so smlam gi klinik darah dah nek. banyak plak tu...lepas kene bebel dengan sekelian alam terus kak menjadi taat mengikut ajaran serta panduan bagi menambahkan darah. 

ok meh akak ajor korang cara-cara nak naikkan darah bagi sesapa yang amnesia anemia nih. ni utk panduan ibu ngandung. yang tak ngandung tataw plak akak. boleh kot. bukan  buat menda pelik pong. mari kita lihat.

1. makang ubat

nih wajib le ye dok. kalo doktor suh makan tu makan jelah. jangan nak skip-skip kan dah padan muka mcm akak nih. ubat tambah darah namanya iron tablet. ubat ni ade zat ion utk membentuk sel darah merah.

2. makang bayam

hok ni lah aku lemah. makan gak bayam tapi stakat secubit dua gitu. penambah rasa kat nasik. tapi kali tu aku kene makan seikat sehari sorang-sorang. taleh kongsi. laki aku leh main jauh-jauh. wat masak air bodo jek. ingat makan tu kalo sehari kene seikat. bukan hari-hari ko makan janji dlm sehari tu seikat.

gambar ihsan goggle. (takan la ko tak kenal rupa bayam kan)

3.ikan bilis.

yang ni nurse pesan amik hari-hari kalo boleh. segenggam sehari. paling mudah nak buat. ko goreng ngan kepala ngan taik-taik dia sekalik. kat situ la letaknya zat-zat besi penambah darah. aku goreng makan ngan nasik. mcm sedih je nak wat ikan goreng tu jadik kudapan aku. (ceh belagak lagik tu)

ihsan google gak. ade watermark rajin pg la belek belog tu

4. kerang

makan kerang ni ko sorang-sorang dalam sekilo. ko sorang jek. laki aku beli ni rebus. makan banyak gila sampai cirit - birit aku dibuatnya. best ni kalo dapat kerang bako kat tanjung lumpur. bila la laki aku nak bawak neh T__T

pokcik gugel punya ihsan gak

5. minum susu

yang ni aku terskip lama. mula2 pregnant rajin gak aku minum susu anmum lepas tu...maleh dah aku. minum pon susu biasa jek tu pon sekalik sekala. tapi lepas kejadian tersebut akak bertobat lalu akak rajin minum susu. pagi perasa asli malam perasa cekelat. susu anmum taw

6. kacang tanah

yang ni pon sama mcm nurse tu cakap pasal ikan bilis. amik segenggam kacang goreng makan hari-hari. tak rajinnya aku nak goreng kacang tu. nak-nak goreng tade minyak. tak rajinnya aku. sudahnya aku telan kacang ngan yin jek. lepas tu amik la peanut butter ke, biskut kacang ke, waffer perasa peanut ke. jnji kacang 


7. lain-lain

nampak sangat malehnya kan. itu kat atas antara yang utama. lain-lain sampingan nak tambah darah mcm nurse tu cakap minum soya pasar malam. pasal takde bahan pengawet tambahan. makan ikan dua ekor sehari. ayam dan daging jangan amik lebih sangat. makan buah jambu batu pasal jambu batu khasiat dia lebih empat kali dari buah oren.. kalo korang google mmg banyak panduan pemakanan yang berkhasiat untuk menambah darah nih.

dan alhamdulillah berkat usaha akak akhirnya naik jugak darah akak. tak sia-sia akak mengadap bayam selama nih. ni kene menten la nih. jangan ingt darah nak naik buat-buat lupa plak kat bayam...no no no....kene gak makan. elok. aku penah baca kata elok utk susu ibu jugak. nnti susu ibu pon banyak. kata orang la. bagus la tu.

harap-harap semuanya selamat. lagi 2 minggu nak scan pulok...harap2 nampak la jantinanya. tak reti aku nak membeli baju kalo tataw jantina.

cau cin cau

Friday, December 9, 2011

gembira

ye tajuk menggambarkan isi. kenapa. ini mengambarkan bahawa saya sedang gembira. menjadi seorang pregnant lady adalah gembira walaupun penat, letih, lelah, sakit sana sini. saya dapat merasakan pengalaman baru. paling seronok tgk perut yang semakin membesau kerana adanya isi yang menggembirakan...iaitu bukan lemak tetapi anak. berat badan? kita risaukan selepas bersalin nanti. buat masa ni berjimba dulu dengan perut yang boyot.

paling aku sonok bila anak aku dok berjimba dalam perut. geli la oi..rasa nak terkencing. kadang2 kalo tido mengiring kita bleh rasa mybe tangan atau kaki dia. lepas tu mungkin dia rasa tak selesa sbb terkepit gerak untuk betulkan kedudukan.

orang kata kasik dengar lagu klasik anak akan bijak. aku kasik lagik klasik. asmaul husna. hah...amacam...anak aku bukan main suka lagi kalo aku pasang asmaul husna. stakat klasik mozart or beethoven memang taleh celen. hahaha

skang ni dh masuk trisemester. anak aku bukan main dok berjimba sakan dalam perut. badan aku pon dh tak larat sangat nak membawak tapi kaki kuat lagik berjalan. kadang - kadang masa dia menendang bleh nampak perut aku gerak2...

ah seronotnya....nanti bila baby dah keluar mesti aku rindu masa dia dok dalam. pasal tayah risau pasal perut kannnnn...