Friday, January 27, 2012

WAHAI ANAKKU...SABO LAH...SIKIT JE LAGIK!!!


Hah kan dah terpanjang tajuk aku nih
aritu pegi cek kat klinik seperti biasa
pandai taw anak aku ni wat cemas
dia punya heart beat cecah sampai 174/min
punyalah nurse risau sbb mcm nak terberanak sangat dah
aku tak le risau pasal aku tataw apa-apa
asalkan ade bunyi jantung pada aku kira normallah kan

siap dok panggil nurse senior tolong tengokkan
patut tayah jumpa doktor
tak pepasal kene jumpa
doktor kasi scan
and jantina anak sama macam aku gi scan kat swasta
taleh reveal lagik..kang buatnya tertuko jantina disaat akhir cemana?
eh boleh gitu?

lepas doktor scan 
amik heart beat balik
alhamdulillah 
dah balik ke normal
147/min
saje je ko kan bagik mak ko cemas
kalo tak dah ke sepital naik ambulans dah aku

doktor pon cakap dah ada tanda-tanda nak terberanak awal
aiseh
sikit je lagi wahai anakku
bawak-bawak bertenang
ibu pon tak sabar nak jumpa kamu
tapi biarlah cukop masanya
dok gitu?

aku pon skang ni dah stat stanbai apa patut
baju-baju dah isi dalam beg
barang baby ada sikit lagi nak belik
mane lah taw kan

kalo kata buatnya nak terberanak
capai beg

ok calo to the hospital


mesti rindu nanti time baby tendang2 dalam perut nanti
dalam perut ye..bukan luar perut

Wednesday, January 25, 2012

neeloba...neelofa


ni dialog sepetang bersama mama

mama : rupanya si loba ni org terengganu jugak ye
aku : sape? 
mama: ala si loba ni
aku : sapa loba?
mama : alah si loba - loba ni...yang pengacara nona ni
aku pon tgk tv

lah... si neelofa dah jadik neeloba..

ikut dan je mak aku ni nak sebut T___T


sapa tak kenal neeloba neelofa nilah dia

Monday, January 23, 2012

gong xi fa cai


gong xi fa cai
selamat menyambut tahun baru cina
kepada yang menyambut perayaan ini pada hari ini
jenuh akak makan limau mandarin
tahun ni tahun naga
banyak ong.....


bawak kete elok2
pandu cermat jiwa selamat

cutik...yeay

Saturday, January 21, 2012

DIARI KEHAMILAN



semua fakta dan maklumat ni akak cedok ye dari fb persatuan ibu-ibu comel mengandung. kepada para mommies yang sedang preggy mahupun yang sedang merancang untuk mengandung hatta yang belum kahwin mahu tahu sbb tak lama lagik nak kawin nak ade cepat, ayuh mari kita membaca.


ihsan google

dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaopon kehadiran bayi masih belum dikesan. (maknanya janin tak napak lagik)

28 hari kitaran haid - waktu yang paling bagi konsepsi ialah diantara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid.

minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan payu dara.

minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. ketika ini mungkin kita belum merasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif.

minggu ke-6 kehamilan, waktu ini ramai wanita sudah mengalami mabuk hamil, Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. pada masa ini, perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan kita merasa letih hingga minggu ke-7. ini akan menyebabkan kita berasa kurang selera disebabkan rasa loya.

minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan kerana tubuhnya perlu bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. terdapat juga discaj cair dari dinding faraj.

minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. akibat daripada penekanan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap. (boleh tak lena tido uols....T___T)

kecenderungan keguguran boleh berlaku di minggu ke 10. pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. ibu berasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. 

pada minggu ke-11, berat badan siibu akan bertambah diantara 1-2 kg (sentap tiba - tiba). perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga.

pada minggu ke-12, rasa loya dan pening - pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. risiko keguguran juga kian berkurang.


kemudian ibu akan ke trimester kedua. pada minggu ke 13-16, ibu akan menambah berat badan bilamana rasa loya dan mabuk semakin hilang (sentap lagi tiba-tiba)


minggu ke 17-20, si ibu mungkin akan bertambah berat sehingga 5kg (sentap lagik T___T). ini boleh dikesan dari selera makan siibu. jantung siibu juga perlu bekerja 40-50% lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan.


pada waktu ini semua yang emlihat akan mengesahkan yang anda sedang mengandung (mmg la...perut dah mara kedepan). uterus akan terus membesar.


bagi sesetengah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25 (kurang pasti apa...sila rujuk pakcik gugel). ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan


sebaik sahaja ibu masuk trimester ke-3, tanda regang jelas kelihatan kerana uterus mengembang. rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke-30 keatas. ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari payudara. 


semasa minggu ke-35, siibu sukar untuk mendapat posisi tidur yang selesa. dan pada minggu ke 37 berat ibu mungkin sudah bertambah kepada 11-12kg (sentap....sentap...dah 10kg). pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi.


sesetengah wanita mungkin akan melahirkan anak awal dari jangkaan, iaitu pada minggu ke-38. rahim ibu biasanya kekal sama ada pada dua minggu terakhir. krem betis dan sakit belakang, kalau dialami akan berterusan. 


apabila tiba minggu ke-40 siibu sudah bersedia untuk melahirkan bayi....ngeeeee....




ihsan google

hai...tak lama jek lagik...cemas..cemas....





takziah diucapkan kepada kawan akak yang baru sahaja keguguran. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kalian. insyaAllah ada rezeki mendapatkan anak nanti.

Friday, January 20, 2012

sakit belakang/pinggang

kandungan aku pon dah nak masuk 8 bulan gitu...owh tak lama je lagi  aku nak terberanak... takot ada, eksaited ada, cemas ada, syok pon ada. pes time uols mak nak beranak. tah cemana la rasanya. ramai yang aku tanya semua jawab sakit. sorang jek cakap jangan risau, sekejap jek, sepintas lalu lepas tu semuanya ok...

taleh aku nak bayangkan sakit cemana. nak teran sembelit pon seksa kekdahnya, inikan plak beranak kooooooo....takpelah ai redha jek la..kalo boleh ai nak beranak normal. buat masa ni aku ngan baby sihat. insyaAllah peluang beranak normal adalah tinggi. pegi sepital gomen je. sakit beranak tu sama jek kalo ko branak kat mana - mana pong ye dop.?

ni masalah sakit pinggang, sakit belakang, ya ampun. nak-nak sewaktu drive. drive pagi ok lg..tp drive masa balik...seksanya sakit pinggang. yelah dah dok lelama dalam opis pehtu balik drive. buatnya datang kejang perut lagilah haru. terpaksalah aku jadi pemandu terlebih berhemah. bawak kete selow2. eh selow ke. bukan tekan minyak lelaju sbb nak sampai umah awal boleh nak golek-golek ke.

yang aku baca antara sebab - sebab sakit pinggang adalah seperti berikut :

1. perubahan pasa postru badan
2. perubahan berat badan
3. perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
4. keletihan otot - otot.

ni aku amik kat fb persatuan ibu-ibu comel mengandung.

satu lagik tapak kaki aku mesti terasa menyucuk-nyucuk kalo berdiri lama. sapa lagi yang jadi mangsa laki aku la...tak pepasal jadi tukang refleksologi gitu...


gambo hiasan jek...teda kene mengena ngan aku...ngeeeee

Thursday, January 19, 2012

cekodok basi


ni bukan nak cerita pasal aku termakan cekodok basi....dak aih...takkanlah taleh beza mana makanan elok mana makanan basi ye dok.

ni pasal citer dah basi la...pasai apa..pasai banjir. dua kali umah MIL aku banjir tapi ayor tak masuk umah. dia lalu-lalu manja je kat luor. tapi jenuh gaklah meredah. pepagi dah wat aksi lomentik gitu pergi dekat kete berpegangan tangan. auwwww...

yelah keta kene paking kat tepi jalan kalo idap berenang la kete aku dalam ayor...ni naik kat umah MIL aku jek sekeliling selamat. umah MIL aku tanah rendah sikit so kat kg laki aku ni insan terpilih je rumahnya banjir. ade ayor masuk umah ade yang tak.


ah..napak tak tiang tu...tu le umah ai...masih dalam pembinaan

skang banjirnya udah kering dong...tiada lagi aksi lomentik







sob...sob

Wednesday, January 18, 2012

design baru


buhsan dah gua ngan design templates lama aku
so aku tuko
ikut dan mana ade je
janji mata aku sedap jek tengok kan
macam bebudak?
eh?
tak lama lagik kan ai nak jadik mak budak

ikut tema la nih