Thursday, June 30, 2011

10 lagu yang sangat annoying



ye kadang kala kita memerlukan hiburan dalam hidop kita. banyak jenis hiburan yang boleh didapati dengan selera masing-masing. contohnya muzik. kita memerlukan muzik jugak dalam kehidupan kita. saya mmg suka sunyi tapi sunyi sangat boleh menimbulkan elemen yang seram dan ngeri. jadi saya memerlukan muzik. kat opis wat keje dengar mp3...gi keje dgr radio walopon lebih banyak dj bercakap mahupon iklan daripada lagu T__T. memasak pon kadang - kadang kita memerlukan muzik sama ada daripada radio mahupon dari mulut sendiri.

tapi adakah kita sedar bahawa terdapat jugak lagu yang dipasang adalah sangat annoying bagi sesetengah pendengar. kadang - kadang lagu ini boleh membuatkan perut aku memulas, penin kepalo, rasa seram, terancam dan juga tiba-tiba rasa ok...aku lebih suka dengar bunyi lori dari lagu ko. ade beberapa lagu yang aku rasa sangat annoying dan aku takleh nak dengar. ianya boleh mendatangkan penderaan fizikal kepada aku. contoh sudah diberikan seperti di perenggan diatas. kadang-kadang bukan masalah lagu tu, tp suara penyanyi tu yang menyebabkan lagu tu aku rasa macam amat ngeri untuk didengar...mungkin jugak susunan lagu, lirik, atau melodi lagu tu..

ok tanpa membuang masa membaca benda murahan seperti diatas mari kita lihat senarai top 10 lagu-lagu yang bisa membuatkan aku sembelit.


10. pawana - ziana zain

peminat kak jena jen jangan laharin aku...aku sangat terasa lagu ni annoying. masa mula-mula dengar lagu ni kat radio macam owh sedapnya rasa nak download...ops..ye aku donload jugak..tp bila dah dengar 5 6 kali aku rasa...macam terancam jek dengar lagu nih...motip kan...adekah sedap kenyaringan sore mek jena...? uh tataw la aku nak describe cuma mmg tak leh go ngan lagu neh

9. sedetik lebih - anuar zain

tadi kakak die..ni adik die lak...aku mana- mana lagu abg nuor jen mmg takleh blah. semuanya mendayu-dayu dengan sore jantannya itu. tapi lagu sedetik lebih sangat menyakitkan hati...peminat bang nuor jangan marah... T____T

8. pelamin anganku musnah - azie

aku memang buang lagu ni jauh-jauh dari idop aku...sebab apa aku rasa lagu ni berserta suara penyayi ni sangat-sangat merimaskan...adik aku suka sangat pasang lagu ni...oi...serabut taw tak...siap citer lagi kalo pg karaoke mesti nyanyi lagu ni...semput aku dengar...


7. barbie girl - aqua

i'am a barbie girl in the barbie worlddddd...oittt...mmg vavi sangat lagu neh...sakit telinga aku dengar ngan sora ala-ala kartun penyanyi aqua neh...sadis sungguh cemana lagu ni leh pemes sedoniya...ini adalah penderaan kepada pendengar...out...

6. jangan nakal - aliff satar


aku mmg tak suka lagu nih....titik.


5. we no speak americano - yolanda be cool


ok ko tak speak americano..tp lagu ni sangat-sangat merimaskan. dengan ayat ko asik-asik ulang-ulang je..aku mmg benci ngan lagu yang mcm ni


4. judas - lady gaga


aku taleh dengar lagu ni..nape tetibe rasa mcm boleh rosak akhlak...motip sangat.


3. ahli fikir - semua lagu


aku tataw napa aku takleh dengar lagu-lagu ahli fikir. bukan lagu tak sedap...sedap..boleh tahan tp aku sangat-sangat annoying ngan sore pompuan dalam kumpulan tu. aku pon tataw napa...mmg dari dulu aku takkan dngr lagu ahli fikir. kalo terdengar dan takde pilihan seperti menumpang kereta orang lain, maka terpaksalah aku dengar. tak boleh la rasa macam ade kupu-kupu dok berterbangan dalam perut je.


2. friday - rebecca black


peh...ini lagu memang annoying sedoniya. sian ko satu dunia kutuk ko. kalo tak silap si rebekah ni siap dapat ugutan bunuh lagik. aku masa taw ni bukak jugak la nak dengar lagu yang dikatakan sangat-sangat s**t ni. ya ampun...ngeriiii siot....seminggu lagu ni stuck dalam pala otak aku.... friday...friday....fun..fun...yucks...aiseh..aku dah lupa lagu ni..tiba-tiba teringat. trauma lagik la aku T_____T


1. rosalinda - welkam to maleysia


kalo bagi korang lagu friday si rebekah tu paling annoying korang adalah sangat silap. sbb rebekah ade pesaing kategori lagu paling annoying dan sangat-sangat tuuuutttt(sensor..tak baik untuk kanak-kanak) untuk didangari. nightmare okeh...ni sebab aku dengar kat flyfm pasal ni...lepas tu sampai opis terus aku bukak u-tube gigih mencari..sangat hazabbbbb... terus ilang mood aku nak bekerja (alasan je lebih...sbb ko mmg malas kan). tak caya...sila tgk klip bidio yang ditayangkan.




lets go...lets go chopping....nanges sangat T____T. takot pelancong nak dtg meleysia kalo mc ni punya promo. baideway aku mcm taw jek latar belakang b/ground bidio neh...mcm tmpat bot laju kat pulau perhentian jek...sbb aku penah gi situ masa site visit dulu...hahaha

4 comments:

  1. so far gua ada 2 calon lagu yg gue serabut kalo dgr kat radio. dua2 gua xtau tajuk.bole?hahaha

    1. lagu yuna yg dia dok ulang.."ini tidak adil..ini tidak adil..ini tidak adil bagiku.."..errr..

    2. lagu yg ada sebut semua hari.."isnin selasa rabu kamis"..penyanyi lelaki.penyanyi baru kot.gua xkenal.hahaha. bole?

    pepehal, ni mengikut perspektif masing2 gak,kan. kdg2 kita rasa annoying,tp org lain kata lagu tu menusuk jiwa.lagu yg kita suka dgr,mesti ada gak yg ckp lagu tu annoying. lumrah.

    motiff komenku dh berupa mcm entry blog?hahahahaha.ampun, puan jellymerah!! (^___^)

    ReplyDelete
  2. mak aihhh nana panjangnya ni dah leh wat entry kat blog neh...akak opis suka pasang lagu yuna tu...sekali sekala tdengar jgk..tp slow je...tp lagu isnin, selasa tu lagu peberet saya T____T. citarasa masing2 kan?

    ReplyDelete
  3. hahahaha..see?katanya kan, citarasa masing2. hehehe..(sbb gua layan lagu anuar zain sedetik lebih tu. opss..hehe)

    lagu isnin selasa tu tajuk apa ek?

    ReplyDelete
  4. lagu mengira hari senin selasa tu lagu awo rafael - pulanglah...dulu rajin dgr skang dh bosan T__T

    ReplyDelete

aku menulis korang mengomen...!!!