Saturday, January 21, 2012

DIARI KEHAMILAN



semua fakta dan maklumat ni akak cedok ye dari fb persatuan ibu-ibu comel mengandung. kepada para mommies yang sedang preggy mahupun yang sedang merancang untuk mengandung hatta yang belum kahwin mahu tahu sbb tak lama lagik nak kawin nak ade cepat, ayuh mari kita membaca.


ihsan google

dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaopon kehadiran bayi masih belum dikesan. (maknanya janin tak napak lagik)

28 hari kitaran haid - waktu yang paling bagi konsepsi ialah diantara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid.

minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan payu dara.

minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. ketika ini mungkin kita belum merasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif.

minggu ke-6 kehamilan, waktu ini ramai wanita sudah mengalami mabuk hamil, Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. pada masa ini, perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan kita merasa letih hingga minggu ke-7. ini akan menyebabkan kita berasa kurang selera disebabkan rasa loya.

minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan kerana tubuhnya perlu bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. terdapat juga discaj cair dari dinding faraj.

minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. akibat daripada penekanan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap. (boleh tak lena tido uols....T___T)

kecenderungan keguguran boleh berlaku di minggu ke 10. pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. ibu berasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. 

pada minggu ke-11, berat badan siibu akan bertambah diantara 1-2 kg (sentap tiba - tiba). perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga.

pada minggu ke-12, rasa loya dan pening - pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. risiko keguguran juga kian berkurang.


kemudian ibu akan ke trimester kedua. pada minggu ke 13-16, ibu akan menambah berat badan bilamana rasa loya dan mabuk semakin hilang (sentap lagi tiba-tiba)


minggu ke 17-20, si ibu mungkin akan bertambah berat sehingga 5kg (sentap lagik T___T). ini boleh dikesan dari selera makan siibu. jantung siibu juga perlu bekerja 40-50% lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan.


pada waktu ini semua yang emlihat akan mengesahkan yang anda sedang mengandung (mmg la...perut dah mara kedepan). uterus akan terus membesar.


bagi sesetengah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25 (kurang pasti apa...sila rujuk pakcik gugel). ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan


sebaik sahaja ibu masuk trimester ke-3, tanda regang jelas kelihatan kerana uterus mengembang. rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke-30 keatas. ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari payudara. 


semasa minggu ke-35, siibu sukar untuk mendapat posisi tidur yang selesa. dan pada minggu ke 37 berat ibu mungkin sudah bertambah kepada 11-12kg (sentap....sentap...dah 10kg). pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi.


sesetengah wanita mungkin akan melahirkan anak awal dari jangkaan, iaitu pada minggu ke-38. rahim ibu biasanya kekal sama ada pada dua minggu terakhir. krem betis dan sakit belakang, kalau dialami akan berterusan. 


apabila tiba minggu ke-40 siibu sudah bersedia untuk melahirkan bayi....ngeeeee....




ihsan google

hai...tak lama jek lagik...cemas..cemas....





takziah diucapkan kepada kawan akak yang baru sahaja keguguran. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kalian. insyaAllah ada rezeki mendapatkan anak nanti.

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!