Thursday, July 19, 2012

ku merajuk kau pujuk

kalau berdasarkan tajuk...korang semua mesti mampu berfikir siapa sebenarnya yang suka bebenor merajuk. kannnn...kannnnnn....kannnn....

napa kaum hawa cepat benor sentapnya...? beselah...pompuan kan hatinya lembut, mudah tersentuh gittew kekononnya. dalam perhubungan suami isteri rajuk merajuk sentap menyentap itu adalah asam garam dalam resepi rumahtangga. rumah tangga ni perlu pelbagai perasa barulah meriah. tapi rasa yang pelbagai tu janganlah berlebihan.

dalam bahagia, suka suka, gembira rumah tangga mesti ada sedikit kekeruhan. dop gitu? biasalahhhhhhhhhh...bak kata orang tua. udah adat berumah tangga.

dalam perhubungan lelaki dan perempuan tak kiralah dah kahwin ke masa tengah kapel ke hatta berkawan sekalipun mesti ada segmen rajuk merajuk kan. bukan apa...tanda protes manja-manja gitu. kadang - kadang silapnya sikit. udoh la tarik muka patbelas.

kadang-kadang kaum hawa ni sesaja je nak merajuk. nak tengok pasangannya macam mana. amik berat ke tak? memahami ke tak. tengok ade pujuk ke tak. masa ni lah pasangan perlu memainkan peranan. perlu ade ayat-ayat yang baekkk untuk cuba memujuk, mengambil hati pasangan yang sedang sentap itu.

janganlah pulak buat tak tahu je. lantak la karang-karang sejuk la tu. jangan la gitu. cubalah pujuk skit. tanya la kenapa. cuba- cuba wat lawak bodo skit. ambil hati. tidak perlu hadiah hadiah (tapi kalo bagi lagik bagus. bergantung pada situasi). banyakkan kata-kata memujuk yang sedap didengar. barulah pasangan kita terasa dihargai, difahami dan disayangi. 


pada yang merajuk janganlah over sangat merajuknya. orang dah pujuk tu pandai - pandailah terpujuk. ni tak orang pujuk bukan main panjang muncung tu tarik...lapan batu dah leh nampak. boleh diikat dah muncung tu. karang merajuk lama-lama...si dia bosan...hah padan la muko ekau.

mak pon kekadang sentap jugak uols...majok la jugak..dipujuk la jugak mr.J ngan perangai nengada bininya. adiah-adiah ni takdelah...tak koser dia. dia pujuk-pujuk. kalo aku sentap berlebihan dia biorkan aje...gasak la ko...aku dah pujuk taknak...dok la ko situ T____T. pehtu mulalah mak tergedik-gedik gi berbaik ngan laki.

cemana pulak kalo laki majok....ahak....mak tak tahu....pepandai la ekau pujuk...byeeeeeee

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!