Friday, July 13, 2012

pabila kita perlu berkongsi pasangan

lama eh tak menulis...teda idea...tapi arini ade idea

sebenarnya dah lama aku cuba nak utarakan benda ni. tapi risau ianya akan libatkan perasaan orang yang aku sayang. tapi tak ngapalah...sekadar perkongsian. oh ya tajuk kat atas tu bukan pasal kongsi pasangan laki kawan tiga empat ke. berkongsi pasangan bukan bererti laki ko kawen 3, 4 orang atau pasangan ade skendel ke.

post ni berdasarkan pengalaman aku semenjak berkahwin dan dah setahun aku berkongsi hidup ngan laki aku. yelah masa kapel kita cover2 lagik..skang sudah sekatil setilam sebantal, semua yang dikaver-kaver itu terbongkar sudah. tapi ini bukan jugak nak bercerita pasal dalam kelambu laki bini. gila apa!

entry berkenaan weols semua kaum wanita yang terpaksa berkongsi suami dengan aktiviti seharian mereka. contohnya...laki si A seorang yang gila kerja, jadi bini si A makan ati kena kongsi lakinya dengan kerja si lakinya. Minah B plak terpaksa  kongsi lakinya dengan sukan yang lakinya minat. Perempuan C plak lakinya suka berkawan, kawan ngan bini sama penting..jadinya Si C kongsi suaminya bersama kawan-kawannya. paham dok?

setiap orang mengalami situasi yang berbeza. kat sini aku nak tegaskan selain keluarga sendiri suami kita ada minat, aktiviti yang tak boleh ditinggalkan. ada suami suka main game...bini makan ati jek...bangun tido game...sebelum tido men game...nak makan game. ade laki kojernya ngadap intenet. nak-nak sekarang udah ada smartphone (aku jugak pakai hp cikai...janji leh hello-hello sudah). kang sambil makan ngadap facebook, nak gi bilik air bawak hp nak belek berita online. (owh berak kena serius...tak perlu memikirkan apa2..nanti berak malu2 nak keluar).

macam aku...aku jugak kena berkongsi suami aku dengan minat serta aktiviti kegemaran dia. dimana aku sama sekali tidak boleh nak kata "tak boleh" or "no" or "nehi he". laki aku gila sukan. jadi aku tak boleh nak halang dia nak bersukan. kat sini aku kongsi laki aku dengan sukan dia. setiap selasa dan sabtu mesti dia akan main badminton. demam pon pegi main badminton. sakit gigi pon main badminton sebab katanya main badminton bukan pakai gigi....baiklahhhhhh.....

selain badminton laki aku gila jugak sukan yang lain futsal, bola sepak, bowling, eh baru ni main lawnball pulak. pantang orang mengajak laju aje...tapi rasanya dah lama laki aku tak berfutsal..last dia main sebelum esoknya aku nak terberanak.

apa point yang aku nak cakapkan ni. adakah nak bagitahu yang laki aku ni gila sukan atau sekadar nak bagitaw sihatnya laki aku kerana bersenam. bukan begitu. apa yang aku cuba nak sampaikan adalah itu merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi perempuan sebagai isteri. mungkin point aku tak kuat. tapi dekat sini aku nak tegaskan perempuan yang kat luar sana tu kalo belum kahwin..kalo bf ko atau tunang ko asik nak berkepit je lepas ko kahwin nanti janganlah marah-marah kalau pasangan korang kurang memberikan tumpuan pada korang. bukan dia nak hadap korang je 24/7. 

macam aku...malas jugak aku nak hadap laki aku semedang. banyak lagi benda aku nak buat. jadi bila dia nak pegi main badminton aku bagi je walopon kadang2 aku moncong jugak. 

tapi wahai lelaki...janganlah korang tumpukan sangat aktiviti yang tak berkaitan rumah tangga tu terlampau. mentanglah dah dapat buat bini ko bior je dia terpontang - panting. ada sesetengah tu kejanya ngadap game jek. mana bini kelam kabut nak masak nak kemas umah dengan anaknya lagi. semua lepas tangan. begitu jugak laki yang terlebih rajin berkerja. sekali sekala bawak2lah anak bini tu berjalan. contohnya abah aku. dah tua-tua gini pon gigih lagi bekerja. sabtu ahad kerja. mama aku sampai tensen. yelah sekali sekala mahu jugak berjalan - jalan. mujurlah anak-anak dah beso. boleh jugak diajak keluar walopon sekejap. sebab kadang-kadang anak bizi dengan benda lain.

ada jugak kes lakinya sibuk ngan dunia permotoran. contohnya gila kereta atau motosikal berkuasa tinggi. lebih-lebih lagi kalo masuk persatuan ni semua. malam-malam lepak kedai jumpa kawan seangkatan. bincang spare part sini, spare part sinun...alat-alat kenderaan yang nak bagi nampak gah kenderaan. lepas tu hari minggu berkonvoi pulop. bini pulak...nak buat macam mana udah minat dia.

ada juga yang lakinya minat memancing. abih segala lubuk terjah. pantang dengar kawasan banyak ikan udang sotong lala siput sedut...abih diharungnya. ada yang gila aktiviti lasak, semua tu mesti buat hari di hari minggu bukan? hari lain bekerja...bini...? dok kat umah layan anak...abis bagus pon sembang ngan jiran-jiran, layan anak-anak. takpun mana yang rajin, kretip pandai masak, mesti ada benda nak buat supaya tak boring.

banyak lagi sebenarnya nak aku senaraikan. ini berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman keluarga dan jugak orang sekeliling. bila ditegur. marah. kata tak fahamlah, bagi peluang nak lepas tensenlah.dan macam-macam alasan. 

so wanita luar sana kalo ada suami yang gemar beraktiviti gini...cubalah kamu pun cari aktiviti yang boleh isi masa lapang. aku..? senang je...tido..topap mana patot...patotlah skang makin menggebu jek......sbb tu aku malas nak halang minat laki aku. gasak dialah. tapi agak-agaklah. jangan sampai abaikan keluarga udoh. kalo melebih-lebih siaplah aku bunyikan siren...ngeeeee......

keluarga perlu diutamakan. oklah..panjang dah bebel. malas nak bebel lagi panjang. sudahlah point lemah lagi nak bebel panjang


kbye....

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!