gua bukan nak caras entry kak senduk pasal tudung....heeeeeeee
dulu.
gaya tudung adalah sangat boring walopon ada pelbagai tudung kat pasaran. jangan cerita pasal tudung nenek-nenek zaman 70-an aku takde kat dunia lagi masa tu. yang aku tengok dalam citer p.ramlee dorang pakai selendang ala kadar jek.
kita cerita zaman yang aku boleh ingat. antaranya tudung yang ikat kat belakang tu, lepas tu tudung tu cemana tah..kat dahi awning dia mcm berspan lepas tu ikat je...dah...
lepas tu tudung turki lah..sampailah ke era tudung bawal. bawal still pemes smpai skang. mcm-mcm corak dah.
pemakaian tudung masa tu amatlah boring. ko pin kat tekak, silang sana silang sini dah...abih cun dah..nak kemas kelepet skit kat tepi pipi tu taruk pin...ok dah..
sekarang.
pemakaian tudung dah pelbagai. fesyen tudung pon dah mengalami revolusi dan lebih komersil. pantang ade fesyen lain dari yang lain. mesti mendapat perhatian. paling aku ingat stail tudung wardina. yang pin kat belakang kepala tu lepas tu selit lebihan kat tepi-tepi pipi tu. abih cantik dah tu.
skang ni pelbagai jenis gaya tudung yang dapat dipelbagaikan. aku bermula dengan tudung bawal. sekarang aku pakai tudung serkop je...mudah...tayah nak berlilit sana sini...serkup.. kalo nak nampak meriah taruk pin/kerongsang.
aku panggil tudung ni tudung serkop
tudung serkop aku paling suka. macam aku katalah. mudah dan senang. banyak warna yang aku ada. dari plain ke bercorak-corak. murah pon ya.
pehtu pemes shawl plak. paling pemes mestilah gaya shawl hana tajima. aku pernah nak cuba. tengok video tutorial dia. kekonon nak tampil berlainan kuor ngan tunang tersayang. skang dah jadik laki aku dan aku start bertudung sepenuhnya sebulan sebelum aku bertunang. tapi nangis aku noks...tak reti aku nak berlilit walopon aku tengok senang je si hanah tajimah ni buat. last-last aku seterika tudong serkop je pasal MR.J dah mesej dh nak sampai. dia tak suka tunggu lama-lama. T_____T
hana tajima
bukan hana tajima...aku taktaw sapa nih tapi cantik
diana amir bergaya dengan tudung hana tajima...gojes
hah...tudung-tudung kat atas ni sampai skang aku tak reti cemana nak buat. jenuh aku tengok video tutorial...tapi aku masih gagal. skang apatah lagik ngan adanya luqman yang tangannya tak reti dok diam tu.
masa sebelum raya aritu aku berkenan ngan tudung Fareeda yang tiga layer ade kerongsang seketol tu...tapi reganya mahal noks....tak mampu mak nak pakai tudung paridah tu...tapi cantiknya alahai
cantikkan uols
angah RL pon pakai tudung Fareeda...eh...!!!
tudung bawal pon kalo sudah namanya kretip...gaya pemakaiannya pon akan tampak berlainan. cantik dan tidak membosankan...tak macam aku...gitulah pakai tudung bawal. tak berevolusi langsung. antara gaya bawal yang menarik perhatian aku..yang macam wow...cemana ko pakai bawal cenggitu noks...akak teruja
cantikkan...cemanalah cara nak buat macam ni
dan untuk mereka yang ingin tampil berani...dan aku pernah terpikir nak jugak try sekali sekala...iaitu memakai turban. kalo lah ade jual turban yang dah siap bergulung tu...teringin gak aku nak belik...ade jual ke tak eh...tak retilah aku nak lilit turban tu... cantik jugak tengok yuna pakai turban
teringin gak nak pakai turban.... tapi kalo macam yuna tu oklah...kalo macam yatt tu maybe boleh pakai kalo ade dinner atau function...masalahnya aku takde diner atau event untuk aku hadiri...ahaks
sebenarnya banyak lagi gaya tudung yang cantik-cantik skang ni. tudung-tudung yang dijual memang dah cantik tapi bila penggaya menggayakan dengan kretip makanya makin berserilah pemakai.
kalo tudung hana tajima tu agak payah la...dah la nak melilit...buatnya anak aku tarik..tak ke naya....dengan banyak jarumnya...jenuh aku nak betulkan...tangan luqman skang ni mana reti dok diam...skang ni pon dia gemor tarik-tarik kerongsang gayut aku. geram-geram je aku tengok orang kat luar sana bergaya dengan pelbagai tudung.
fazura kalau bertudung memang cantik
irma hasmi..cantik dan gojes
emmmmm....
kalo nak ke majlis-majlis formal sangatlah sesuai..tapi kalo aku pakai bawak pegi ke mall adakah aku akan menjadi bahan cercaan. kalo awek cun ni yang pakai mungkin tak kena cerca..kalo aku....sah-sah la kena cerca
lain-lain fesyen hijab
eh...!!!!!tetiba
bertudung tidak menghalang kita untuk bergaya. asalkan gaya itu bersesuaian dengan kita dan jugak kehendak syariat. aku bukan ustazah pilihan. belum layak nak bercerita mengenai aurat. sedangkan aku pon ade khilaf dalam menjaga aurat.
cuma entry kali ni aku nak berkongsi cara pemakaian serta penggayaan hijab yang sangat gojes, tidak membosankan serta menarik perhatian. sebab aku sungguh teruja dengan kepelbagaian gaya hijab skang ni.....aku nak mencuba tapi tangan aku ni kejung. tak menjadi...
takpe..adik aku pandai bab-bab bergaya dengan shawl, hijab ni...nanti aku paksa dia ajor aku....
p/s : gambar yang aku tunjukkan semua tu aku amik dari googles images...
No comments:
Post a Comment
aku menulis korang mengomen...!!!