Friday, September 14, 2012

my little LUQMAN MIKHAIL

sedar tak sedar anak ibu dah 6 bulan gitu...rasa cepatnya masa berlalu...yeke cepat...? skang ni daripada anak aku tak reti nak apa-apa asik dibuli aje ngan abah ngan ibu skang ni macam-macam aksi luqman boleh buat. seronok eh tgk anak membesar ni...semuanya baru bagi aku...semuanya proses belajar.

setakat ni aku takde masalah dalam menjaga anak aku. berjaga malam tu biasalah. rasanya sejak anak aku lahir tido malam dah tak selena dulu. sebab kerap berjaga malam pon ye satu lagi sebab aku cuba untuk alert. maklumlah anak aku dah pakai bergolek. nak gagah-gagah skit nak merangkak...salah satunya aku tak tido atas katil..aku tido kat bawah je...karang sedo-sedo anak aku dah tergolek...elakkanlah hai...

disebabkan dia dah pandai bergolek dia bangun dia jarang  hok hek hok hek dah...siap berguling-guling aja...sedo-sedo aku tengok anak aku dah kat ujung kaki aku je...mintak tolong...manalah maknya...golek-golek tak jumpa..padahal mak ko sebelah je..ade satu malam aku terjaga pasal bunyi plastik...aku raba-raba luqman takde kat sebelah terus otomatik aku bangun melilau cari luqman...rupa-rupanya tengah tarik plastik sampah yang terjuntai dari tong sampah tepi bilik air...jauhnya ko bergolek...nasib mak ko sedo T____T.

skang ni pon anak aku dah pandai makan. itu pengalaman yang aku tunggu. masa bulan posa susu badan aku agak merundumlah..sian anak aku...last mak aku suh bagi makan je...masa tu pon dia dah lima bulan. sebab luqman kalo tengok orang makan dia geram..gamaknya masa berbuka aku dok syok makan dia tengok je...mana aci ye dok...

aku beli nestum...suap dia makan...mula-mula dia terkebil-kebil...apebenda ni...lepas tu aku suap lagik...lagik...dan lagik...sbb dia dah mula eksaited...lepas tu aku try bagi puree epal...laju gak makannya tapi asik nak memberak je...maka aku teruskan dengan cerelac je..cukop masuk nak bulan 2 minggu lepas aku kasik bubur nasik...pon melaju jek makan...

skang ni pantang tengok orang makan...menganga aje mintak. menu anak aku bubur nasik taruk carrot, kentang ayam atau ikan bilis. mak aku buh sawi...huh tak banyak makan siap wat muka pelik...mak aku tuko ngan bayam...pon sama...last2 pakai carrot ngan kentang je...melaju jek makan walopon tawar hebeh...bak kata laki aku...

skang ni mulutnya dah ringan nak bersembang...dah bunyi mcm abah pon ade jugak...opah gak yang perasan...owh pandainya sebut opahhhhh.....isk opah ni...

part paling aku suka bila aku suh dia datang kat aku...dia mengensot je..dah mcm askar pon ye...tapi bila dia cuba nak merangkak tu aku tengok makin ke belakang bukan ke depan..lepas tu mulalah mengamok sbb tak sampai-sampai....macam-macam hal...tak sabonya nak tgk dia tumbuh gigi, duduk, berjalan, belajar bercakap.

semoga anak ibu sentiasa sihat dan berada didalam peliharaan Allah...amin

ai....sayalah Luqman Mikhail......





1 comment:

aku menulis korang mengomen...!!!