Friday, May 11, 2012

sayang anak tangan tangankan


sejak-sejak dah ada anak ni banyak jugak cerita yang hendak dikongsikan. yelah saya baru aje menimang cahaya mata buat kali pertama. perasaan teruja tu masih belum berkurang lagi. setiap hari ade je perkara baru yang hendak di explore. setiap hari ade je perkembangan anak yang ingin dilihat. skang ni ibu dok tercongok - congok bilalah luqman nak meniarap pulak. gituh...anak aku baru jek dua bulan lebih dah sibuk nak suh anak meniarap.

berkenaan tajuk entry diatas..saya masih lagi teringat kes budak yang didera oleh boipren maknya. apa khabar agaknya budak tu ya. kejam sungguh perbuatan jantan haprak tu. maknya tu pon motip sangat pegi duduk umah jantan tu kannnn....macamlah takde tempat lain nak duduk.

kes dera kanak-kanak skang nih bukan saja melibatkan ahli keluarga sendiri. malah skang dah libatkan orang luar. motip sangat ko pegi sepak terajang anak orang lain kan. bukan sahaja melibatkan kecederaan, sampai mati pun ada...sampai ati dorang ni..tiada langsung rasa belas kasihan. kalo dulu sebelum ada anak, rasa simpati kat kes-kes ni sentiasa ada. tapi sejak - sejak ada anak ni perasaan tu sudah semakin menggunung. bila tengok bayi sekecil luqman dipukul dan didera...ya Allah..sakitnya...apalah dosa budak-budak tu. mereka tak tahu apa-apa.

teringat saya semasa dalam pantang. satu hari luqman buat perangai tak mahu tidur. hari dah semakin lewat. badan sudah penat, mata sudah tak tahan mengantuk...luqman masih lagi buat perangai tidak mahu tidur. merengek je...susu sudah puas diberi sampai muak anak tu. kaki tangannya sudah tak duduk diam dah mcm orang berenang je. minyak telon dah disapu ke perut...padahal tak kembung pun. sudah tunggang tebalik zikir saya dendangkan dekat luqman. suami plak tak ada balik ke rumah my mil...jadilah saya sorang - sorang kelam kabut menjaga luqman. stressnya hanya tuhan je yang tahu.

entah mcm mana saya berasa geram dengan luqman tanpa sengaja saya telah menepuk peha luqman agak kuat. mencebik juga luqman hendak menangis. sakit barangkali bagi bayi sebesar itu menerima tepukan saya. apabila melihat wajah luqman tiba-tiba saya tersedar. ya Allah sampainya hati saya buat anak saya seperti itu. dia tidak tahu apa - apa. dia tak tahu mengadu apa yang dia tahu dia merengek mungkin mahukan perhatian mungkin jugak sakit. di tempat saya tepuk itu saya usap sambil meminta maaf. terkebil - kebil mata luqman memandang saya. rasa bersalah memang tebal sewaktu itu. disebabkan perasaan pentingkan diri sendiri kerana melayan penat badan dan mengantuk anak menjadi mangsa. sejak dari ari itu saya cuba sebaik mungkin melayan luqman dengan penuh lembut dan penuh sabar. 

akhirnya saya panggil opah luqman...maaf ya mama...anakmu ni dah ada anak pun masih menyusahkan mama...opah luqman membelai luqman penuh kasih sayang. opah sapukan minyak telon, opah periksa lampin luqman, opah mengajikan luqman dan opah berzikir supaya luqman tidur. akhirnya luqman tidur juga dalam dakapan opah. ibu terfikir kasih sayang opah mungkin sama masa ibu kecik2 dulu. sabar melayan anaknya. jadi ibu pun harus sabar melayan kerenah luqman. sebab menjaga luqman bukan untuk setahun dua. tapi untuk selama - lamanya sampailah ibu menutup mata mengadap ilahi. tidak kira berapa usia luqman tidak kira sama ada luqman sudah bekeluarga. tanggungjawab ibu tetap sama, iaitu menyayangi anaknya didunia dan akhirat.

sewaktu kecil saya adalah anak yang nakal. dah puas badan saya menerima hambatan abah saya. dipukul dengan getah paip saya sudah merasa, dicubit, ditampar, dikurung diluar rumah semua saya sudah merasa. semua itu untuk mengajar kita. tidaklah sampai mendatangkan keceraan yang teruk kepada saya. kerana bagi saya kadang - kadang hukuman pukul adalah lebih baik dari kata - kata nista, maki - memaki. kerana kecederaan diluar memang mudah sembuh dari cedera dihati.

saya terpikir juga kalo luqman sudah besar dan nakal adakah saya akan memukulnya untuk memberi pelajaran. entahlah kerana saya bukan orang yang penyabar. saya harap dapat mendidik luqman menjadi anak yang baik tanpa menyakiti mental atau fizikalnya. saya harap dengan membesarkan luqman akan menjadikan saya lebih penyabar. saya tidak salahkan mama atau abah kerana memukul saya kerana sewaktu itu saya memang nakal yang teramat sangat. sudah berbuih pesanan, nasihat, teguran yang diberikan namun masih tak makan saman sudahnya amik kau sebijik. baru la nak sedar. 

sekarang luqman semakin nakal. saya anggap itu sebagai cabaran baru. cabaran sebagai ibu. paling ibu gembira luqman sudah pandai ketawa kalau diagah. luqman kalau bukak mata pagi - pagi akan tersenyum kalau tengok ibu didepan mata. dalam usia dua bulan lebih luqman sudah pandai hendak bersembang walopon hanya bunyi aoooo...itu membuatkan ibu senang dan hilang segala penat. 

ibu tahu luqman anak yang baik, anak yang bijak. 



motip jek entry ayat skema khennnn....



No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!