ini cerita dua tiga minggu lepas. sebelum aku masuk keja balik selepas hari buruh. owh hari aku bawak Luqman Mikhail pi cucuk dua bulan. ahhh...baiknya anak aku nih...nangis kejap ja pas tepuk-tepuk dia diam...heronya anak aku. kuat dan gagah gittew. mungkin nurse tu cucuk tak sakit sangat gamaknya. jangan masa cucuk sebulan. dia punya meraung. aku plak yang rasa sayu. yelah sebelum ni kan luqman masuk NICU sbb masalah pernafasan. penuh dengan wayar dengan cucuk sana sini. sian sangat anak aku. kaki tangan abis lebam kesan cucuk sana sini. masa tu dia kebal. nurse amik darah nak cek kuning pon dia bleh rilek tido lagi. agaknya dia lupa dah kot rasa sakit kena cucuk. cucuk sebulan dia meraung.
aiseh...dah terlajak cerita dah aku ni. lepas bawak Luqman ke klinik aku balik jap umah Mil sesambil jenguk umah aku yang dah siap tapi tak duduk-duduk lagi masa tu. ingat nak bawak Luqman jalan-jalan tapi hujan le plak. balik la umah mak aku.
gambar hiasan dari sumber : google |
balik tu mak aku citer adik aku kena tumbuk al-kisahnya. dia balik sekolah tak macam biasa kata mak aku. muka dia penuh dengan emosi. mak aku pun pelik lah. tanya la adik aku napa. dah macam drama swasta adik aku nangis2 citer pasal dia kena tumbuk. aku memola nak gelak je...yelah weiii...adik aku jantan..apehal nak nangis kena belasah. lawan la balik. tapi memandangkan adik aku ni bukan jenis macam tu dan kena belasah tu adalah sakit bukan sedap aku batalkan niat nak ketawa besar sbb dah terketawa sikit.
aku tanya napa orang belasah ko. ko curik gelpren orangkah. bebudak skang ni kan dah jenis beso totey kepala. silap sikit nak belasah. berebut bohsia nak
belasah. mana la taw kot-kot adik aku terjebak dalam cinta tiga segi gitu. bebudak skang ni dah kalo dah gatey bawah memang tak pikir panjang.
dia cakap budak tu tuduh adik aku curik henpon. huk aloh.henpon kan tak bleh bawak pg sekolah. padan muka ko ilang. adik aku cita budak tu masuk bengkel tanya sapa curik henpon dia. adik aku plak wat muka cemas keononnya mapuh la ada orang kena belasah. sbb adik aku kata budak ni memang suka belasah orang. taiko la kononnya. adik aku berkata lagik, budak ni hobi dia memang cenggitu. pukol orang. sbb apa, sbb bapak dia cikgu tomoi, kekunun kuat. adik aku kata (adik aku...adik aku...penin dah aku) ada budak kelas dia yang baru sihat dari operate pon tak terkecuali kena belasah. tak sangka ada jugak jenis hobi belasah orang yek...
sbb adik aku wat muka cemas dia ingat adik aku la curiknya. sesedap pankreas dia jek la belasah. tetiba ada yang bersuara cakap adik aku tak masuk kelas pon lagik. cemana plak adik aku nak curik henpon. barulah dia benti tumbuk. tapi pandai dak tu tak tumbuk muka. mana taw ada lebam2 kan. jadi kes lain plak.
aku bukan apa, adik aku mana penah mencurik. adik aku, aku taw la dah berapa belas tahun aku idup ngan dia. dia kalo nak apa-apa walopon singgit dia mintak. lagipon ingat bapak aku tak mampu ke beli henpon kat dia. bukan henpon mahal la hok yang memurah je. sbb baru-baru ni bapak aku beli henpon sempena besday dia. ada dua henpon adik aku. tak kebulur la dia nak mencurik. so kat situ adik aku rasa terhina sbb dituduh mencurik.
so aku ingat nak repot polis. dia tak bagi plak. aku nak pi sekolah dia, dah cadang ngan my sister pon nak gi sekolah esoknya nak jumpa budak tu direct to his face...skeping london plak kheeennn...pon dia tak bagi. dia kekonon taknak panjangkan kes. dah kalo budak tu silap sikit belasah...silap skit belasah, tak silap pon belasah kalo takde apa2 tindakan makin syok la dia.
tak paham aku ngan perangai bebudak skang nih. kenapa diam aje pas kena belasah. rela plak tu dibelasah. semua nak jaga air muka taknak repot cikgu. takut kena lagi teruk. sigh....payah gak gitu eh. kalo dah jenis ati batu hitam nih payah gak. jenis tak bleh nak tegur.
orang gi sekolah nak belajo. bukan nak jadi gagngster, bukan nak bertumbuk, bukan nak tunjuk terer. kalo nak bertumbuk join je apak lu jadi cikgu tomoi. tayah sekolah. nyusahkan orang jek.
aku pesan dah kat adik aku, kalo kena belasah lagi roger terus ngan aku. aku rasanya tak gi sekolah dah kot. aku carik umah dia sampai dapat. jumpa bapak dia ke. tanya apa masalah anak dia ni. asik nak belasah orang je. penyakit ke? mana la taw kan?
bapak aku tataw ni. kalo die taw aku pon tataw la dia marah budak tu ke adik aku sbb lembik sangat....payah-payah.
so adik-adik kat luor sana tayah la tunjuk hebat sangat. sabo-sabolah. kalo suka sangat belasah orang tu join je kelab tinju ke boxing ke, gusti ke. bertumbuk la ko sepuas-puasnya. sekolah bukan tempat tunjuk terer kekuatan tapi tunjuk terer kepandaian.
teringat plak aku zaman aku sekolah dulu....hhhaaaaaaaaaaaa.....nanti gua ada masa gua citer. jahat gak aku zaman sekolah dulu...muehehehehe...
No comments:
Post a Comment
aku menulis korang mengomen...!!!