sumber : google |
masa aku sekolah dulu rasanyalah aku ni kira jahat jugak. jadi tak banyak kenangan yang menggembirakan masa sekolah dulu. semuanya kenangan yang menyakitkan ati jek. silpa siapa. silap sendiri jugak kan. sapa dulu suh degil sangat.
tanyalah kawan-kawan aku dulu atau geng2 subahat aku dulu. mana ada kami ni tak pernah didenda. ada ja hukuman untuk kami semua. berdiri atas kerusi dah, berdiri kat luar atas kusi pon dah. kena tempik, kena bebel, kena maki, kena sumpah semua tu dah. pasai apa..pasai weols degil la noks.
padan muka sapa suh degil. lepas tu nak sentap-sentap sampai skang ni. punyalah nak marah sampaikan nama cikgu pon takde dalam memori aku. ada lah beberapa kerat nama. tapi cikgu jarang pernah lupakan pelajarnya. aku pernah jumpa cikgu aku masa beli kuih. dengan fizikal aku yang semakin gebu ni (tak sanggup nak kata demok ahahaha...) beliau boleh kenal aku lagik. aku amik masa dalam 10 saat jugak nak ingat makcik manalah yang tegur aku ni.....lepas refresh memori baru ingat...oh cikgu norihan...itu antara cikgu yang aku ingt namanya.
kadang-kadang aku pegi sekolah bukan nak belajar pun. datang semata-mata nak jumpa kawan jew...cikgu ka belajo ka blakang kira janji jumpa member. tapi kadang-kadang ngan kawan-kawan pon bleh buat tinja kat aku atau aku membuat tinja kat dorang. aku penah kena pulau, gaduh-gaduh itu biasa. last2 aku berkawan dgn golongan minoriti iaitu bermaksud golongan nerd atau geek yang tade kawan. tapi aku tak kesah.
pernah aku kena kejo ngan sorang mamat ni pasal mulut puaka aku. oh ya aku sekolah pompuan dulu. aku ngan kawan2 kalo tak silap dok panggil kawan pompuan dia teteck beso. sudahnya dia dtg cari kami kat sekolah sbb sekolah kami berdekatan. pehtu die kejo aku pasal aku dok satu taman perumahan ngan dia....hampeh betol.
sekolah aku dekat dengan teluk cempedak. kadang-kadang ari sabtu janji ngan kawan-kawan untuk lepak kat sana. cakap kat bapak ada kokurikulum padahal anaknya...amik angin kat t.c. sekalik kantoi ngan cikgu aku sendiri. kebetulan ada program apa tah kat situ. dia tepon abah aku. tak pepasal aku kena tarbiah ngan bapak aku. aku jadik geram sebab apa dia tepon abah aku pulak. bukan aku ponteng kelas pon. kalo ingat balik tataw la nak geram atau rasa nak gelak. semua perasaan ada.
banyak sangat kenangan kat sekolah kalau difikirkan boleh dikatakan sebagai kenangan manis.walopon ada yang menyakitkan hati itu semua aku dah simpan sebagai kenangan. kawan2 mana yang dah lost contct dulu pon dah jumpa balik dalam fb...tenkiu mark zukenberg (cemana eja nama dia tah). sekali sekala ada jugak bercerita pasal kenangan kat sekolah.
adik-adik jangan lah jadik cam akak ni ye. belajo betul-betul. jangan lawan cakap cikgu. kalo ade homework buat jangan tiru. nanti jadik cam kitaorang. sorang silap abih semua silap pasal tiru....wahahahahaha
kan best kalo cikgu gua kachak macam ni. barulah bleh jadik student mithali gittew...!!!
|
No comments:
Post a Comment
aku menulis korang mengomen...!!!