Wednesday, May 30, 2012

POTONG KASI PENDEK

akhirnya rambut aku berjaya dipendekkan
lama gak tak potong rambut since kawen aritu
eh..ade sekali itu pon sikit je
laki aku potongkan

aritu nak dekat-dekat beranak ade gak nak potong
tapi mak aku tak kasik plak
katanya nanti dalam pantang rambut kena ikat ketat
dah abih pantang pon tak sempat
nak potong

akhirnya setelah banyak kali tertangguh
berjaya gak curik masa nak potong

memang pendek betol
agaknya auntie tu geram sangat ngan rambut aku yang tebal
abih pendek dikerjakannya

kejam la ko auntie.
sib bek rambut leh tumbuh balik

gambo..?
teda...


k.thx.bai

Thursday, May 17, 2012

selamat hari guru | kenangan zaman persekolahan

sumber : google

semalam adalah hari guru. masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari guru buat guru-guru diseluruh dunia.jasamu kukenang...

masa aku sekolah dulu rasanyalah aku ni kira jahat jugak. jadi tak banyak kenangan yang menggembirakan masa sekolah dulu. semuanya kenangan yang menyakitkan ati jek. silpa siapa. silap sendiri jugak kan. sapa dulu suh degil sangat.

tanyalah kawan-kawan aku dulu atau geng2 subahat aku dulu. mana ada kami ni tak pernah didenda. ada ja hukuman untuk kami semua. berdiri atas kerusi dah, berdiri kat luar atas kusi pon dah. kena tempik, kena bebel, kena maki, kena sumpah semua tu dah. pasai apa..pasai weols degil la noks.

padan muka sapa suh degil. lepas tu nak sentap-sentap sampai skang ni. punyalah nak marah sampaikan nama cikgu pon takde dalam memori aku. ada lah beberapa kerat nama. tapi cikgu jarang pernah lupakan pelajarnya. aku pernah jumpa cikgu aku masa beli kuih. dengan fizikal aku yang semakin gebu ni (tak sanggup nak kata demok ahahaha...) beliau boleh kenal aku lagik. aku amik masa dalam 10 saat jugak nak ingat makcik manalah yang tegur aku ni.....lepas refresh memori baru ingat...oh cikgu norihan...itu antara cikgu yang aku ingt namanya.

kadang-kadang aku pegi sekolah bukan nak belajar pun. datang semata-mata nak jumpa kawan jew...cikgu ka belajo ka blakang kira janji jumpa member. tapi kadang-kadang ngan kawan-kawan pon bleh buat tinja kat aku atau aku membuat tinja kat dorang. aku penah kena pulau, gaduh-gaduh itu biasa. last2 aku berkawan dgn golongan minoriti iaitu bermaksud golongan nerd atau geek yang tade kawan. tapi aku tak kesah.

pernah aku kena kejo ngan sorang mamat ni pasal mulut puaka aku. oh ya aku sekolah pompuan dulu. aku ngan kawan2 kalo tak silap dok panggil kawan pompuan dia teteck beso. sudahnya dia dtg cari kami kat sekolah sbb sekolah kami berdekatan. pehtu die kejo aku pasal aku dok satu taman perumahan ngan dia....hampeh betol.

sekolah aku dekat dengan teluk cempedak. kadang-kadang ari sabtu janji ngan kawan-kawan untuk lepak kat sana. cakap kat bapak ada kokurikulum padahal anaknya...amik angin kat t.c. sekalik kantoi ngan cikgu aku sendiri. kebetulan ada program apa tah kat situ. dia tepon abah aku. tak pepasal aku kena tarbiah ngan bapak aku. aku jadik geram sebab apa dia tepon abah aku pulak. bukan aku ponteng kelas pon. kalo ingat balik tataw la nak geram atau rasa nak gelak. semua perasaan ada.

banyak sangat kenangan kat sekolah kalau difikirkan boleh dikatakan sebagai kenangan manis.walopon ada yang menyakitkan hati itu semua aku dah simpan sebagai kenangan. kawan2 mana yang dah lost contct dulu pon dah jumpa balik dalam fb...tenkiu mark zukenberg (cemana eja nama dia tah). sekali sekala ada jugak bercerita pasal kenangan kat sekolah.

adik-adik jangan lah jadik cam akak ni ye. belajo betul-betul. jangan lawan cakap cikgu. kalo ade homework buat jangan tiru. nanti jadik cam kitaorang. sorang silap abih semua silap pasal tiru....wahahahahaha


kan best kalo cikgu gua kachak macam ni. barulah bleh jadik student mithali gittew...!!!

Tuesday, May 15, 2012

wah gangsternya kau..!!


ini cerita dua tiga minggu lepas. sebelum aku masuk keja balik selepas hari buruh. owh hari aku bawak Luqman Mikhail pi cucuk dua bulan. ahhh...baiknya anak aku nih...nangis kejap ja pas tepuk-tepuk dia diam...heronya anak aku. kuat dan gagah gittew. mungkin nurse tu cucuk tak sakit sangat gamaknya. jangan masa cucuk sebulan. dia punya meraung. aku plak yang rasa sayu. yelah sebelum ni kan luqman masuk NICU sbb masalah pernafasan. penuh dengan wayar dengan cucuk sana sini. sian sangat anak aku. kaki tangan abis lebam kesan cucuk sana sini. masa tu dia kebal. nurse amik darah nak cek kuning pon dia bleh rilek tido lagi. agaknya dia lupa dah kot rasa sakit kena cucuk. cucuk sebulan dia meraung.

aiseh...dah terlajak cerita dah aku ni. lepas bawak Luqman ke klinik aku balik jap umah Mil sesambil jenguk umah aku yang dah siap tapi tak duduk-duduk lagi masa tu. ingat nak bawak Luqman jalan-jalan tapi hujan le plak. balik la umah mak aku.

gambar hiasan dari sumber : google
balik tu mak aku citer adik aku kena tumbuk al-kisahnya. dia balik sekolah tak macam biasa kata mak aku. muka dia penuh dengan emosi. mak aku pun pelik lah. tanya la adik aku napa. dah macam drama swasta adik aku nangis2 citer pasal dia kena tumbuk. aku memola nak gelak je...yelah weiii...adik aku jantan..apehal nak nangis kena belasah. lawan la balik. tapi memandangkan adik aku ni bukan jenis macam tu dan kena  belasah tu adalah sakit bukan sedap aku batalkan niat nak ketawa besar sbb dah terketawa sikit.

aku tanya napa orang belasah ko. ko curik gelpren orangkah. bebudak skang ni kan dah jenis beso totey kepala. silap sikit nak belasah. berebut bohsia nak 
belasah. mana la taw kot-kot adik aku terjebak dalam cinta tiga segi gitu. bebudak skang ni dah kalo dah gatey bawah memang tak pikir panjang.

dia cakap budak tu tuduh adik aku curik henpon. huk aloh.henpon kan tak bleh bawak pg sekolah. padan muka ko ilang. adik aku cita budak tu masuk bengkel tanya sapa curik henpon dia. adik aku plak wat muka cemas keononnya mapuh la ada orang kena belasah. sbb adik aku kata budak ni memang suka belasah orang. taiko la kononnya. adik aku berkata lagik, budak ni hobi dia memang cenggitu. pukol orang. sbb apa, sbb bapak dia cikgu tomoi, kekunun kuat. adik aku kata (adik aku...adik aku...penin dah aku) ada budak kelas dia yang baru sihat dari operate pon tak terkecuali kena belasah. tak sangka ada jugak jenis hobi belasah orang yek...

sbb adik aku wat muka cemas dia ingat adik aku la curiknya. sesedap pankreas dia jek la belasah. tetiba ada yang bersuara cakap adik aku tak masuk kelas pon lagik. cemana plak adik aku nak curik henpon. barulah dia benti tumbuk. tapi pandai dak tu tak tumbuk muka. mana taw ada lebam2 kan. jadi kes lain plak.

aku bukan apa, adik aku mana penah mencurik. adik aku, aku taw la dah berapa belas tahun aku idup ngan dia. dia kalo nak apa-apa walopon singgit dia mintak. lagipon ingat bapak aku tak mampu ke beli henpon kat dia. bukan henpon mahal la hok yang memurah je. sbb baru-baru ni bapak aku beli henpon sempena besday dia. ada dua henpon adik aku. tak kebulur la dia nak mencurik. so kat situ adik aku rasa terhina sbb dituduh mencurik.

so aku ingat nak repot polis. dia tak bagi plak. aku nak pi sekolah dia, dah cadang ngan my sister pon nak gi sekolah esoknya nak jumpa budak tu direct to his face...skeping london plak kheeennn...pon dia tak bagi. dia kekonon taknak panjangkan kes. dah kalo budak tu silap sikit belasah...silap skit belasah, tak silap pon belasah kalo takde apa2 tindakan makin  syok la dia. 

tak paham aku ngan perangai bebudak skang nih. kenapa diam aje pas kena belasah. rela plak tu dibelasah. semua nak jaga air muka taknak repot cikgu. takut kena lagi teruk. sigh....payah gak gitu eh. kalo dah jenis ati batu hitam nih payah gak. jenis tak bleh nak tegur. 

orang gi sekolah nak belajo. bukan nak jadi gagngster, bukan nak bertumbuk, bukan nak tunjuk terer. kalo nak bertumbuk join je apak lu jadi cikgu tomoi. tayah sekolah. nyusahkan orang jek.

aku pesan dah kat adik aku, kalo kena belasah lagi roger terus ngan aku. aku rasanya tak gi sekolah dah kot. aku carik umah dia sampai dapat. jumpa bapak dia ke. tanya apa masalah anak dia ni. asik nak belasah orang je. penyakit ke? mana la taw kan?

bapak aku tataw ni. kalo die taw aku pon tataw la dia marah budak tu ke adik aku sbb lembik sangat....payah-payah.

so adik-adik kat luor sana tayah la tunjuk hebat sangat. sabo-sabolah. kalo suka sangat belasah orang tu join je kelab tinju ke boxing ke, gusti ke. bertumbuk la ko sepuas-puasnya. sekolah bukan tempat tunjuk terer kekuatan tapi tunjuk terer kepandaian. 

teringat plak aku zaman aku sekolah dulu....hhhaaaaaaaaaaaa.....nanti gua ada masa gua citer. jahat gak aku zaman sekolah dulu...muehehehehe...

Friday, May 11, 2012

sayang anak tangan tangankan


sejak-sejak dah ada anak ni banyak jugak cerita yang hendak dikongsikan. yelah saya baru aje menimang cahaya mata buat kali pertama. perasaan teruja tu masih belum berkurang lagi. setiap hari ade je perkara baru yang hendak di explore. setiap hari ade je perkembangan anak yang ingin dilihat. skang ni ibu dok tercongok - congok bilalah luqman nak meniarap pulak. gituh...anak aku baru jek dua bulan lebih dah sibuk nak suh anak meniarap.

berkenaan tajuk entry diatas..saya masih lagi teringat kes budak yang didera oleh boipren maknya. apa khabar agaknya budak tu ya. kejam sungguh perbuatan jantan haprak tu. maknya tu pon motip sangat pegi duduk umah jantan tu kannnn....macamlah takde tempat lain nak duduk.

kes dera kanak-kanak skang nih bukan saja melibatkan ahli keluarga sendiri. malah skang dah libatkan orang luar. motip sangat ko pegi sepak terajang anak orang lain kan. bukan sahaja melibatkan kecederaan, sampai mati pun ada...sampai ati dorang ni..tiada langsung rasa belas kasihan. kalo dulu sebelum ada anak, rasa simpati kat kes-kes ni sentiasa ada. tapi sejak - sejak ada anak ni perasaan tu sudah semakin menggunung. bila tengok bayi sekecil luqman dipukul dan didera...ya Allah..sakitnya...apalah dosa budak-budak tu. mereka tak tahu apa-apa.

teringat saya semasa dalam pantang. satu hari luqman buat perangai tak mahu tidur. hari dah semakin lewat. badan sudah penat, mata sudah tak tahan mengantuk...luqman masih lagi buat perangai tidak mahu tidur. merengek je...susu sudah puas diberi sampai muak anak tu. kaki tangannya sudah tak duduk diam dah mcm orang berenang je. minyak telon dah disapu ke perut...padahal tak kembung pun. sudah tunggang tebalik zikir saya dendangkan dekat luqman. suami plak tak ada balik ke rumah my mil...jadilah saya sorang - sorang kelam kabut menjaga luqman. stressnya hanya tuhan je yang tahu.

entah mcm mana saya berasa geram dengan luqman tanpa sengaja saya telah menepuk peha luqman agak kuat. mencebik juga luqman hendak menangis. sakit barangkali bagi bayi sebesar itu menerima tepukan saya. apabila melihat wajah luqman tiba-tiba saya tersedar. ya Allah sampainya hati saya buat anak saya seperti itu. dia tidak tahu apa - apa. dia tak tahu mengadu apa yang dia tahu dia merengek mungkin mahukan perhatian mungkin jugak sakit. di tempat saya tepuk itu saya usap sambil meminta maaf. terkebil - kebil mata luqman memandang saya. rasa bersalah memang tebal sewaktu itu. disebabkan perasaan pentingkan diri sendiri kerana melayan penat badan dan mengantuk anak menjadi mangsa. sejak dari ari itu saya cuba sebaik mungkin melayan luqman dengan penuh lembut dan penuh sabar. 

akhirnya saya panggil opah luqman...maaf ya mama...anakmu ni dah ada anak pun masih menyusahkan mama...opah luqman membelai luqman penuh kasih sayang. opah sapukan minyak telon, opah periksa lampin luqman, opah mengajikan luqman dan opah berzikir supaya luqman tidur. akhirnya luqman tidur juga dalam dakapan opah. ibu terfikir kasih sayang opah mungkin sama masa ibu kecik2 dulu. sabar melayan anaknya. jadi ibu pun harus sabar melayan kerenah luqman. sebab menjaga luqman bukan untuk setahun dua. tapi untuk selama - lamanya sampailah ibu menutup mata mengadap ilahi. tidak kira berapa usia luqman tidak kira sama ada luqman sudah bekeluarga. tanggungjawab ibu tetap sama, iaitu menyayangi anaknya didunia dan akhirat.

sewaktu kecil saya adalah anak yang nakal. dah puas badan saya menerima hambatan abah saya. dipukul dengan getah paip saya sudah merasa, dicubit, ditampar, dikurung diluar rumah semua saya sudah merasa. semua itu untuk mengajar kita. tidaklah sampai mendatangkan keceraan yang teruk kepada saya. kerana bagi saya kadang - kadang hukuman pukul adalah lebih baik dari kata - kata nista, maki - memaki. kerana kecederaan diluar memang mudah sembuh dari cedera dihati.

saya terpikir juga kalo luqman sudah besar dan nakal adakah saya akan memukulnya untuk memberi pelajaran. entahlah kerana saya bukan orang yang penyabar. saya harap dapat mendidik luqman menjadi anak yang baik tanpa menyakiti mental atau fizikalnya. saya harap dengan membesarkan luqman akan menjadikan saya lebih penyabar. saya tidak salahkan mama atau abah kerana memukul saya kerana sewaktu itu saya memang nakal yang teramat sangat. sudah berbuih pesanan, nasihat, teguran yang diberikan namun masih tak makan saman sudahnya amik kau sebijik. baru la nak sedar. 

sekarang luqman semakin nakal. saya anggap itu sebagai cabaran baru. cabaran sebagai ibu. paling ibu gembira luqman sudah pandai ketawa kalau diagah. luqman kalau bukak mata pagi - pagi akan tersenyum kalau tengok ibu didepan mata. dalam usia dua bulan lebih luqman sudah pandai hendak bersembang walopon hanya bunyi aoooo...itu membuatkan ibu senang dan hilang segala penat. 

ibu tahu luqman anak yang baik, anak yang bijak. 



motip jek entry ayat skema khennnn....



Wednesday, May 9, 2012

wordless wednesday | luqman mikhail


masa ni baru diusia dua minggu
telah dibuli dengan makcik-makciknya
diletakkan tocang dorang kat luqman
maka jadilah sebegini

skang sudah botak.

eh kata wordless wednesday 
apasal terbanyak ayat

kbye...

asl pls...!!!

lorrr...punyalah lama tak bukak belog sekalik blogspot udah berubah wajah gitu...tulah..biorkan lagik belog ni bersawang...udah tataw ada banyak yang berubah....begitu jugak diri ahkak...banyak yang berubah....orang kata ahkak makin kuruih....tp laki aku kata "diorang silap tgk tu...cer tgk perut...berlemak"...baiklah...saya malas nak perasan fefeling kurus....

bercakap pasal perubahan kita bleh tengok sekeliling kita. banyak perubahan yang terjadi bukan? dari kecik dah jadik beso...dari muda dah ada kedut-kedut skit...dari lebat dah makin membotak...dari tepon publik ke henpon...(abaikan perumpamaan saya....)

skang ni antara perubahan yang paling besar adalah sistem komunikasi. napa tetiba aku berminat pasal neh...sbb aritu baca kosmo pasal buku biodata....sapa ingat lagik...sila angkat tangan...

sumber : kosmo online

masa sekolah dulu memang pemes lah buku biodata nih...gigih okeh beli buku comel-comel buat biodata atau pakai jek buku sekolah. memang best. masa tu kita bleh taw besday kawan kita bila, dia dok mana, makanan kegemaran, hobi malahan cita - cita. akak ingt lagik masa tulis biodata memacam cita - cita akak...tiap-tiap taun bertukor...jap nak jadik cikgu jap nak jadik loyer, jap kang nak jadik wartawan, taun depan plak nak jadi arkitek...eh macam - macam la...paling tak menahan siap ade motto idup tu....hahahahaha

pehtu ada plak yang jual kad nama...ala yang macam bisnes kad tu...kelas ko...budak sekolah ade bisnes kad...macam-macam gambo ade...doraemon la..gambo retis la...pehtu pass kad kat jejaka pojaan gitu...akak dulu skolah pempuan...jadi pass kat budak teknik skolah sebelah....mengenyam jugak aku dulu eh....

kad kad tu simpan elok-elok sbb ada alamat ngan nombor telefon kawan. masa tu teda henpon lagik..masa akak form 5 kot penggunaan henpon sudah meluas tp sikit je...tp pada yang mampu sahaja...akak ingt lagik ilang je henpon siap wat repot polis...sbb henpon masa tu antara benda yang berharga...skang ni ilang je blackberry...esok beli iphone...tak heran dah gitu.

skang semua sudah berubah...tade dah sangat buku biodata. dulu kalo nak berkenalan bagi surat siap biodata...skang ni pakai sms...mula2 wat2 silap nombor...pehtu ngayat..takpon sms terus terang nak berkawan..

la nih pakai pesbuk la twitter la...mudah. dapat trace kawan2 lama...nostalgia betul kalo ingat macam mana kita nak simpan maklumat kawan-kawan. siap bagi kad raya lagik padahal kat skolah leh jumpa ucap selamat ari raya...tp gigih gak ngepos kad raya.

bila baca kosmo memang terkenanglah zaman sekolah dulu. tapi sayang akak tak simpan buku buku biodata akak...kalo tak bleh wat koleksi. nyesal pon ade gak tapi apa leh buat...skang ni dengan adenya fb akak dapat jumpa balik kawan2 sekolah dulu. seb bekkkk....tima kaseh pada teknologi...