Wednesday, March 30, 2011

ujian saringan HIV

bagi korang-korang yang nak kawin tu...sebelum submitt korang punya borang daftar nikah tu, jangan lupe ye pg wat ujian saringan HIV. kenapa..? sbb wajib ye abang2, kakak2, adik2 semua. supaya kita tahu yang pasangan kita bebas dari HIV. sbb apa? sbb HIV ni kan penyakit berjangkit yang takde obatnya. kang kalo laki ko ade HIV bleh jangkitkan kat ko pehtu kalo bini ko ngandung jangkit pulok dah kat anak2 ko...gitu lah...

masa nak amik darah ni mmg banyak la soala yang M.A tu tanya pasal Aids/HIV nih...mcm mana berjangkit, apa tu hiv..kesannya, yada..yada... so aku ngan Mr.J jawab jek lah ikut pengetahuan yang ado...jangan lupa..antara entry 1st aku buat belog ni adalah pasal Aids..so aku pengetahuan aku pasal Aids ade la jugeksss....

tapi tak tahan tol soklan cepumas M.A tu bg..."kalo pasangan anda ada virus HIV, adekah anda tetap akan berkahwin..?" apa da soklan..buat org cemas jek...tp kalo udah sayang gitu kan..idop mati bersama..tak gituuuuu....?

tapi alhamdulillah kami berdua bebas dari HIV...yelah kalo ko tak buat mende2 yang boleh dijangkiti Aids wat ape ko takot tak amik ujian ni..pg ngan kompiden sajalah...tp kadang2 mane la taw tak wat benda2 mcm seks bebas ke, kongsi jarum suntikan ke..kita leh gak kene Aids, contohnya kecuaian pihak hospital tertransfer darah yang tercemar Aids...pree2 jek ko kene Aids gitoh...takpon ko tgk org eksiden pg tolong...kene plak darah die..dan sebenarnya orang tu ade Aids....peratusan ko nak kene Aids pon amatlah tinggi..tp kes2 yang aku sebut ni jarang yang teramat sangatlah jadik...


alat kat atas ni adelah alat untuk kesan Aids...dlm 1minit jugak la nak taw result...kene cucuk jari ko nak amik darah untuk ditest...


pehtu kuor la result...kalo garis tu satu jek maknanya negatif result...ko bebas HIV... kalo garis tu kuor dua maknanya ko positif HIV. gini jek gomannya cek HIV....cepat dan pantas...nak tunggu masuk bilik M.A jek yang lama...orang ramai..aku ingtkan amik darah bawak test kat lab baru taw result...rupa2nya dan-dan tu jek ko leh taw....

jadi pada pasangan yang nak kaweng dinasihatkan 3bulan sebelum kawin leh la wat test HIV yek...dan valid test ni selama 6 bulan jek laku...katakan ko dah wat test pehtu kene tangguh ke majlis...lebih dr 6 bulan kene wat balik...

so takyah risau kalo ko takde wat mende terlarang, maka bebas la ko dr HIV....bolehla ko kaweng dengan gumbira....peh kaweng pon jangan la wat benda2 mcm tu sian la isteri sian la anak...sian la diri sendiri...


*** selamat menjalani ujian

Wednesday, March 23, 2011

Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin



dapat ni dari pembacaan....disebabkan terlebih rajin aku pon taiplah untuk diposting ke entry kali ni... ni pantang larang untuk sape2 yang dah bertunang dan bakal melangkah ke alam rumah tangga..termasuklah saya menaip nih...mana yang patot ikut tu ikutlah...aku sekadar berkongsi saje...marilah kita sebagai bakal pengantin membaca pantang larang sebelum kita berkahweng nnti.....cekidout...

1. jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. selain itu ia jugak bertujuan untuk mengawal napsu. ia jugak untuk menimbulkan rasa rindu. dan perasaan tersebut akan membuatkan pengantin nampak lagi berseri....

2. jangan tidur dirumah orang. takut terkena ilmu. ianya juga untuk menjaga nama baik keluarga.

3. jangan bebas ke mana-mana takot disantau oleh mereka yang berniat tak baik...

4. jangan makan nasik dengan gulai berkuah selama beberapa bulan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perut buncit (aiseh....aku suka plak kuah2 nih)

5. elakkan makan ulam yang busuk seperti petai dan jering (seb bek tak makan)

6. jangan bercermin terutamanya selepas maghrib ke atas untuk elakkan sihir (kalo nak kuor malam mcm mana pulak tu?)

7. elakkan minum air bergas. 

8. elakkan juga makanan yang manis (takot kang kine kencing manis)

9. elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi

10. kawal makan iaitu makan sekali sehari (bg sesetengah adat)

11. kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan elakkan tidur meniarap kerana tidak bagus untukorgan seks kerana darah tidak mengalir.

12. elakkan memakan makanan laut terlalu banyak..kerana mengandungi toksin

13. tiga bulan sebelum berkahwin digalakkan membuat urutan supaya pengantin lebih bertenaga (jgn guna ni sbgai alasan ketika ke rumah urut sedappp)

14. amalkan memakan telur ayam kampung  yang dicampur madu dan lada hitam seminggu 2 kali untuk menambah tenaga

15. bagi mereka yang banyak angin amalkan minum air halia untuk mengurangkan angin dalam badan

16. belajar ilmu rumah tangga dari org yang berpengalaman (ni petualah bukan pantang larang)

17. jangan emmuaskan napsu dengan cara sendiri.

18. cukopkan tidur 7 hingga 8 jam sehari

19. elakkan minuman keras (harommmmm nih...) dan merokok

20. elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri kulit akan hitam dan wajah tidak akan berseri ketika bersanding.

21. elakkan minum soya kerana ianya sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin (tapi soya itu kan sedappp)

22. amalkan makan jamu (he..he..)

23. banyakkan bacaan2 surah2 bagi mengelakkan gangguan syaitan. sentiasa ingt Allah

24. jangan makan tanpa kawalan..

25. jangan terlalu terdedah pada keluarga kaum lelaki.

26. jangan berembun atau keluar malam untuk mengelakkan unusr jahat

27. jangan bercelak atau belangir (apa nih?) serta memotong rambut seminggu sebelum kahwin

28. jaga pertuturan

30. elakkan makan sayur yang bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka tampak segar

31. sblum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis (hahhhhh...???????)

32. lempar baju atas bumbung tanpa diketahui oleh orang bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung
33. dilarang memandang cermin ketika disolek mak andam kerana takot hilang seri


kebanyakkan pantang larang ni selalunya datang dari orang dulu2. mana2 yang rasa sesuai aku tepek la kat sini. ade jugak yang skip2.... biasalah orang dulu2 banyak pantang larangnya.... mana yang boleh ikut kita ikut...mereka lg byk pengalaman dari kita....

selamat membaca dan selamat pengantin baru....




Tuesday, March 22, 2011

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat sepupu aku Norliana Binti Kamaruddin 
yang telah pulang ke rahmatullah pada isnin 21.3.2011 bersamaan 16 rabiulakhir 1432 hijrah jam 11.30 malam. arwah dijangkiti kuman hingga merebak ke darahnya menyebabkan kegagalan buah pinggang dan juga kerosakkan hati. sebelum tu masa aku
telefon mak sedara aku, arwah dekat icu untuk buang kuman yang ada dlm badan.
apa yang aku tahu sebelum meninggal dua kali jantung arwah berhenti
dan kali ketiga arwah meninggalkan kami buat selama- lamanya.
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
semoga Allah melindungi arwah.
sesungguhnya arwah tergolong dalam golongan teraniaya.
semoga mereka2 yang berhati busuk itu mendapat balasan yang setimpal.

arwah dan keluarga adalah mangsa kedengkian dan ketamakkan manusia.
arwah bukan saha mengidap penyakit yang berkaitan saintifik, tp arwah
jugak mengalami penyakit berkaitan spiritual.
apabila ianya bersatu sukar untuk arwah bertahan.
arwah adalah 'insan istimewa'
dan mereka yang berniat jahat terhadap golongan2 ini sesungguhnya merupakan manusia
yang kejam dan tidak berhati perut.
insaflah...sesungguhnya Allah itu maha adil...

ya...suatu hari nnti...aku percaya
kamu akan mendapat balasan yang setimpal..
kami hanya mampu berdoa..
kami tidak akan menyekutukan Allah...
kami tidak sekotor itu..
selagi Allah kami tempatkan di kedudukan yang tinggi dalam hati kami..
insyaALLAH... Allah akan membantu kami..
Allah bersama kami...
Allah selalu mendengar suara insannya yang teraniaya...

semoga keluarga ibu saudara ku tabah dan redha menghadapi ujian ini...
keluarga mereka telah lama sakit..
keluarga mereka telah lama teraniaya...
semoga Allah kuatkan dan tabahkan lagi hati mereka....


Al-Fatihah buat nana
kami akan merinduimu...
doa kami semua buat nana...
tenanglah nana disana...
semoga dosa2 nana diampunkan Allah..
semoga nana ditempatkan di kalangan orang2 beriman...
semoga nana sentiasa dalam lindungan Allah...

amin....

*** dariNya kita datang...dan dariNya lah kita kembali....


Monday, March 21, 2011

susah sangat ke nak ikut arahan

SUSAH SANGAT KE NAK IKUT ARAHAN...
SUSAH SANGAT KE NAK ANTAR KEJE IKUT DEADLINE
SUSAH SANGAT KE NAK BUAT IKUT FORMAT YANG DIBAGI
KAN DAH SIAP BURN KAN CD SEKALIK
KAN DAH PESAN EDIT IKUT FORMAT YANG DIBAGI
KAN SAH BGTAW BILA NAK SUBMITT

APABILA ANDA LEWAT
SAYA JUGAK LEWAT
KERJA YANG LAIN TERTANGGUH
ANDA KAN PROFESSIONAL
BILA MENGHENTAM ORANG, ANDALAH YANG PALING BIJAK
APABILA SALAH ANDA DILIHAT
ANDA KATA ADA SEDIKIT SALAH FAHAM

KALO KAMU SIBUK, SAYA JUGA SIBUK
KALO KAMU TIADA MASA, SAYA JUGA TIADA MASA
MAHU MENGEDIT BENDA YANG SAMA
SAYA DAH MUAK TGK BENDA YANG SAMA
SAYA SUDAH MUAK BERPESAN YANG SAMA

APABILA KAMU TIDAK MENGIKUT APA YANG TELAH DIARAHKAN
KAMU MELAMBATKAN SAYA DAN RAKAN SAYA
AKIBATNYA.....KAMI TERPAKSA STAY BACK DI OPIS
TIDAK TIDUR...

KAMI SUDAH LETIH


*** TULISAN CAPS LOCK MENGGAMBARKAN TAHAP KEBENGANGAN YANG MELAMPAU

sekian....

Thursday, March 17, 2011

makan-makan di new horizon

abeh meeting untuk sessi pagi kita serbu ke new horizon untuk mengisi perot yang dah berdondang sayang. meeting kat opis pg ade nasik lemak...tp iols sanggup hokeh tak makan sbb nak simpan ruang perut nak makan sedap tengah harinya (diet la kekdahnya).... tak sesia hokeh iols makan kuih jek sekeping...

new horizon ni kat kuantan ye. kat sri dagangan...sri dagangan ni berhadapan kuantan megamall...nak taw mana new horizon ni dei berdekatan kemaman kopitiam, coffe street. 

mari kita semua pakat-pakat meleleh ayor liur tgk makanan yang dah dipilih/order beberapa hari sebelum meeting.. gambo ni pon sebahagian dr menu..sbb lain-lain makanan dah diserbu oleh kami-kami yang rakus dan kelaparan....


tomyam....sedap...pedas...masam...

tomyam die mmg kena la dengan tekak aku...sedap...pedas dan masam...byk betol bahan-bahan dalam tomyam...sebelah tomyam tu siakap tiga rasa...meletop hokeh...dpt amik sipi jek sbb dah stat nak makan...segan plak nak amik gambo


baby sawi..saya tak makan sawi


sutung...tp masak apa tataw...yang aku taw sedap


yang ni peberet...sedapppp...ayam masak apa ni? tp ade mangga...peh...mmg best..satu lg tak masuk gambo butter prawn..tu pon sama sedap. aku amik nasik skiT jah...makan lauk je lebih...diet kekdahnya...air plak kita tak amik yg dh dlm pakej teh cina..kita amik oren juice ngan watermelon juice...

makan kat sini ade pakej ikut capacity orang nak makan...kira set lah..nnti die tetapkan berapa jenih lauk pauk nak amik ikut set...kalo lebih tambah duitlah sbb setiap pakej dah siap2 ade harga...dulu taun lepas buka pose pon makan kat sinik gak...mmg sedap...lepas ni ade rezeki bleh la makan kat sini lagik...sape mo belanje...?????

Wednesday, March 16, 2011

marah : orang lain yang terkena tempias


penah dok kene cenggitu..? maksud aku, uols jadi mangsa kemarahan orang lain. contohnya si A yang bengang dengan seseorang, tapi uols yang kena marah. si wife marah si hubby, kawan sepejabat jadi mangsa. si GF marah BF, si BFF kene hamun. penah...? mesti uols bengang dan menyampah kan. ape de hal tetibe ko jadi kambeng itam untuk dilahar oleh orang2 yang tengah bengang dengan orang lain....

kira vice versa...aku pon penah gak kene tempias orang yang marah kat orang lain ngan aku2 pon terkena...mcm tu jugak aku..marahkan orang lain tp orang lain yang kene tempias. selalunya apa reaksi uols semua...adekah uols semua akan membuat dekkk sajork kerana taw yang marahnya adelah sekejap atopon uols semua rasa nak lancarkan perang dingin sbb tak pasal2 uols semua kene angin puting beliung dikala hari begitu indah untuk dinikmati.  


sbb kadang2 mood kita yang ceria mcm menang adiah duit juta2 dr power rut akan mati seperti duit tersebut keciciran di tengah jalan dan sedang dikutip oleh org ramai yang teruja melihat duit tersebut yang bergelimpangan di atas jalan. mood kita akan merundum jatuh dikala kita dihidangkan dengan muka cemberut seperti singa di afrika yang bila-bila masa sahaja mungkin akan menerkam seekor rusa yang terkedek-kedek memakan rumput. kita juga tak dapat nak meneka mood mereka, sbb kalo silap membuat lawak kemungkinan besar lawak kita akan dibalas dengan laharan gunung berapi karakatoa. 


mengapa perkara itu terjadi. maksud aku kenapa mesti melaharin orang2 yang ngak bersalah kerana kamu memarahi perkara/orang lain. ini mungkin terjadi apabila they ols tidak dapat meluahkan kemarahan mereka kepada saspek hinggakan orang lain yang menjadi mangsa. sama seperti aku..aku tak dpt nak marah kepada orang/benda yang sebabkan kemarahan, aku akan lepaskan pada yang lain contohnya, pintu kereta dihempas dengan kuat, menarik misai aboo, berleter pada adik aku yang tataw ujung pangkal, atau mogok lapar selama 10 minit. (contoh aje ni...sebenarnya lg dasat)


kemarahan yang terlalu lama disimpan adalah tidak baik untuk jiwa. jika kita marah, luahkan, lepaskan, jangan dipendam. bara api kalo dibiarkan boleh jadi marak apinya. bukan marah yang mengamuk tu..cara untuk mengubati kemarahan adalah dengan kemaafan. muhasabah diri kita...kita kena ingt sifat pemarah itu akan beri kesan buruk contohnya boleh menimbulkan permusuhan...orang2 akan menjauhkan diri dr kita..dan mungkin jugak ade yang simpan dendam...


bg umat islam cara terbaik untuk atasi perasaan marah adelah dengan byk beristigfar dan ingt kepada Allah. sbb kemarahan itu byk dari syaitan...jd redakan dengan lafaz zikrullah. ambillah wudhuk..untuk sejukkan jiwa kita..


jika kita tak suka dimarahi begitu juga dengan orang lain...maka berlemah lembutlah kita sesama manusia...jadilah kita masyarakat penyanyang...semoga kita dpt menjadi insan yang lebih baik...aminnnn




***mood setazah ini dibawakan oleh jellymerah.blogspot  

Monday, March 14, 2011

tsunami in japan

lambat la plak nak hapdet pasal tsunami kat jepun ni..Ya Allah...seriau aku bila tgk video ngan gambo2 tsunami ni....saat orang2 opis dok berbincang pasal tsunami ni aku tgh tergamam tgk videonya...kuasa Allah...tiada siapa mampu menghalang walaupun Jepun ni sgt bersedia untuk menghadapi bencana. tp persediaan tu tak sia2 kerana mereka sgt cepat dlm menghulurkan bantuan kepada rakyat mereka.

gempa bumi yang berskala antara 8.9-9.0 richter telah menyebabkan bencana tsunami dengan ombak berketinggian 10 meter. kejadian ini menyebabkan berlakunya kerosakan yang teruk dan dikhuatiri lebih dr 10,000 orang maut dan jumlah ini mungkin bertambah kerana beribu-ribu org masih hilang.








gambar2 akibat bencana gempa bumi dan tsunami

gambar2 ni kredit kepada http://totallycoolpix.com/

semoga mereka tabah...

pabila aboo beraksi

aboo yang birah skang dah slow....musim membiang dah abih kot. bdn ade kesan luka2. tp sedap la ko benih ko merata sekalik ko pancut kan...gasak la ko..jnji madu2 ko pandai jaga anak... layan gambo aboo jek..



mata yang tgh membulat sbb dgr kucing to bergaduh mulut kat luor. nak join tp takot..dok diam-diam atas gobok tu




wahhh...marahnya....kene buli..padan muka


tensen


lepas penat mengorat mcm ni la die...penat..mengantok

owh aku baru dpt kittens baru....dia ekor kucing aku beranak...nnti ade masa aku hapdet

Saturday, March 12, 2011

khasiat lemon


aloppp.. kali ni aku nak kongsi pasal kebaikan dan khasiat lemon... aku adelah peminat lemon tegar...kalo dpt lemon perah dlm teh...pehhhh....mmg nikmat...pehtu satu lg satu perangai pelik aku ngan lemon ni adelah aku suka makan kulit lemon...pahittt....? tak la pahit sgt pon....sedap jek aku rasa.

aku penah cakap kat akak opis aku, kalo nak cepat perut kempis amalkanlah makan lemon...die buleh bilang....eeeeiiii akak tak makan lemon...rasa mcm axion...hihii...mcm penah makan axion jek. die ckp lg kalo benda2 berlemon ni die mmg tak minat. takpelah..masing-masing ade kegemaran masing-masing kan?



ok kat sini aku nak kongsi sket la dr hasil pembacaan aku pasal lemon nih...byk kebaikan lemon ni..sbb lemon ni kaya dengan vitamin c, kalsium, magnesium, limonene, bioflavonoids yang baik untuk badan. Antara kebaikan lemon adalah :

1. kandungan vitamin c dalam lemon mampu untuk menghaluskan kulit sbb sifat alkali dalam lemon boleh membunuh bakteria penyebab jerawat.


2. lemon jugak dapat mengubati selesema (flu). kandungan vitamin c yang tinggi dalam lemon mampu meningkatkan daya tahan badan dan kandungan anti virusnya mampu mencegah selesema dari merebak.


3. lemon juga dapat mewangikan mulut berbau...amik la sepotong lemon setiap pg dan bau mulut dpt dikurangkan.


4. sakit gigi pon boleh. amik skit lemon pehtu tenyeh-tenyeh kat gigi yang sakit tu.


5. lemon jugak boleh bertindak sebagai egen pengelupasan kulit mati. korang perah2 air lemon tu wat minum jangan buang kulit. amik yang kulit dalam tu tengeh2 sekitar muka, lutut, siku, dan lain-lain anggota badan yang perlu.


6. nak bagi kulit cerah pon boleh. amik sepotong lemon pastu sapu kat muka. biarkan dlm 5 minit lepas tu bilas...buat setiap hari kalo rajin.


7. lemon jugak boleh menghilangkan kelemumur. perah sebelah atau sebiji lemon. amik airnya dan gosok-gosok kat kepala. biarkan 5 minit lepas tu bilaslah kepala.


8. boleh menghilangkan dahaga ketika haus...wat lemonade ke, perah kat teh ke...mmg umpppphhh...


9. lemon pon boleh putih dan kuatkan kuku. amik perahan air lemon dan campur dengan air suam...rendam kuku dalam air lemon tu dalam 5 minit lepas tu kulit lemon yang bahagian dalam tu gosok-gosok kat kuku. yang ni buat la sebulan sekalik..kalo hari2 mau hancur kuku tu pulak.


10. lemon jugak boleh melicinkan perjalanan sisa buangan dalam perut. maknanya lancarkan sistem penghadaman. amalkan minum lemon suam 2/3 kali sehari.


11. dipercayai ambil sesudu jus lemon tulen sejam sebelum makan  setiap hari dpt kurangkan asma (walahualam)


12. lemon pun boleh putihkan ketiak...perah sedikit lemon, campur dengan perahan air timun, sapu dekat ketiak dan biarkan dlm 20 minit..lepas tu bilas la...buatkan 3/4 kali seminggu.


13. kalo sakit tekak tu bolehlah kumur ngan air lemon. (baik minum jek kan..)


14. wanita mengandung elok amalkan jus lemon..mampu kuatkan tulang bayi.


15. lemon jugak dapat kurangkan kadar kolestrol dalam badan


16. lemon pon dapat kurangkan stress...


17. masa demam pon boleh amik jus lemon ni sbb lemon dpt bantu kita berpeloh.


kan banyak kebaikan lemon tu...ingt lemon tu bleh wat axion ke...cer try basuh pinggan pakai axion lemon...kan bersih berkilat tu...banyak taw khasiat lemon ni. aku pon skang dlm proses nak kempiskan perut jd mmg amalkan minum air lemon. abih je stok beli..abih jek beli...tp aritu aku pg pasaraya yg selalu jual lemon tu takde plak...kalo pasaraya tu dh tak jual lemon dan mana nak carik T_T...xper akan aku usahakan sampai dpt...


Friday, March 11, 2011

comeyyyynyaaaaa....


aku memang pecinta kucing. aku dibesarkan sambil dikelilingi ngan makhluk yang comel neh. kat umah aku skang nih pon belambak kucing2. kucing kat kedai makan pon aku bleh geram jek tgk. cer korang tgk video tu..kiut kan..kan..kan...alahai...rasa nak cubit2 jek

tp aku tak paham kenapa mesti ada manusia yang berhati busuk dan jahat suka sangat membuli haiwan2 ni. mereka ni makhluk tuhan jugak dan mereka jugak berhak untuk hidup dekat dunia ni. byk dah video (tp tak sanggup tgk) menunjukkan manusia yang mendera serta membunuh haiwan2 ni dengan sengaja. apa salah mereka. 

terlalu banyak dah video yang menunjukkan betapa kejamnya manusia ni. bukan setakat berbunuh sesama manusia malah haiwan yang kecil dan lemah pon korang bunuh jugak. mana pegi rasa keperimanusiaan korang tu. kenapa kejam sangat. hebat sangat ke korang tu. hebat ape kalo membuli makhluk tuhan yang tak berdaya. takpe2 ade balasan untuk korang nnti.

smlam aku ade baca kata pembuli kucing mintak maap...ko pg la mintak maap kat kucing ko buli tu...tah idop tah mati kucing tu...patotnya org2 ni dihukum...penajara ke..sebat ke..wat keje amal seumur idop tanpa bayaran sesen pon kat pusat2 haiwan terbiar ke...ataw apa2 hukuman setimpal...

sorry aku ter'emo plak...maklumlah aku ni mmg suka dan sayang sangat dengan haiwan kesayangan nabi berserta sahabatnya abu hurairah. bukan kucing jek..lain2 haiwan jugak tak patot dilakukan dengan kejam...siapa kita? kita sendiri pun hanya menumpang di dunia yang Allah ciptakan...jadi kita tak layak untuk menentukan siapa yang patot hidop atau siapa yang patot mati....


sayangilah kuceng anda



Thursday, March 10, 2011

Exhibition : Torture Instruments And Capital Punishment



uiiii...lama gak blog aku tak berusik nih...bz..bz..bz...pehtu aku pon takde stori menarik nak kongsi...ok last week aku pg pameran Torture Instruments And Capital Punishment From The Middle Ages To The xix Century....weiii zaman bila tu xix...aku bukan terer sgt nombor2 roman neh...

pameran ni dibuat kat Muzium Kesenian Kuantan. aku dah lama dok sini, ni lah 1st time aku masok sinik...T_T . seb bek la ade pameran ni kalo tak tah bila aku nak masok sini. disebabkan byk sgt alat seksaan aku taruk gambo jelah..mana2 yg ingt aku describe kan lah... lgpon aku amik gambo pakai henpon jek...punyalah kedaung...so gambar tak cantiklah...aritu tak bawak camera so kualiti kurang...lgpon bilik pameran agak suram untuk menambahkan sisi angker pameran tersebut.. disertakan bunyi muzik yang agak seram ditambah lg dengan alat pameran kejam dan bilik yg sejuk dengan ekon... kalo korang nak yg jelas sila pg senirik muzium tu.


pameran ni berkisarkan pasal alat2 seksaan dan alat2 hukuman bagi pesalah2 jenayah zaman2 eropah dulu...zaman middle ages tu kalo tak silap zaman kegelapan lagik tu. byk la alat2 seksaan, hukuman yang ngeri2 yang dipamerkan. ade antara alatan disitu masih lg digunakan contohnya didalam ketenteraan...aku tgk pon rasa nyilu ni kan plak orang2 yang penah kana hukum dan seksa ngan alat2 tu. memang ngeri dan sadis.

so marilah melayan gambau....




patung ni betol2 wat aku terkejut..masa masuk tu aku tak pasan tah mcm mana aku nmpak die ni terkejut berlari aku kat mr.J...adehhh


yang ni plak hukuman untuk kaki judi..


yang ni plak ko cangkuk pesalah tu kat benda tajam tu...digunakan dlm soal siasat kalo aku tak silap la


sang pemancung kepala....terkejut weiii aku tgk patung hitam gelap berkilat neh


ni plak badan ko taruk kat roda tajam2 neh pastu gelek..oh sadis



ni yang aku paling ingat. ni kira alat hukuman bg wanita yang bengis....garang tak bertempat..last2 kene pasung la ko....yg beso letak kat leher yg kecik letak kat tangan.


alatan pasung jugak


yg ni nmpak mcm seruling..tp aku tak sure seksaan yg mcm mana


kerusi siasatan yg ade tajam2 kat tempat duduk ngan tempat sandar tu...peh..mau berlobang



sama jugak kerusi tajam2


yang ni aku pon tak paham alat seksaan mcm mana...tak la sadis sgt..mcm rantai jek




yang ni plak jenis alat seksaan cocok montot...mak aihhh...yg bulat tu gantung badan pehtu montot cucuk kat tajam tu...perkkkhhhh...




  
ni pon sama...jenis2 cucuk montot jugakkk....




ni plak gambaran mcm mana alat tu digunakan...mmg seksa












yang atas2 ni aku dah tak reti nak citer mcm mana...aku aci snap2 jek. ade gak baca note yg kat situ tp aku dah lupe. ok layan gambo lagik










nmpak kat sapa yg tercongok kat blakang tu...terkejut betol aku..paling2 jek nmpak bende alah ni...takot aku die tiba2 bergerak...sudahnya aku ngekor jek mr.J dr blakang...










yg ni plak mcm kita buat tanda yg kita adalah pesalah/jenayah. kulit kita akan dilekap ngan besi panas kat atas tu tanda la kat lengan ke pipi ke..mana2 yg menyatakan seseorang tu adelah pesalah....






ok ni plak gambo menunjukkan 'ehem' pompuan tersebut telah di pasung. ni selalunya sbb laki die pg merantau jauh2 lama2, takmo bg isteri curang kekdahnya. gambo atas tu alat pasung ni atau lain sbb die dok sederet ngan gambo nih




ni plak hukuman bakor....bakor...kita bakor....






ni pon sama hukuman bakor idop2...buh org dlm perut lembu besi tu pehtu bawah tu buh api..mmg mati melecur la org tu






hah...ni yang macam gergaji panjang ni alatan untuk hukuman mereka yg melakukan kesalahan homoseks...tak kira la gay atau lesbo...kat gambar tu ade tunjuk mcm mana hukuman dijalankan....






yang ni hukuman untuk kesalahan apa aku tak sure..tp mcm kat dlm gambo tu cucuk kat dagu




alat ni akan cabut kuku pesalah satu persatu




yang ni pulak tak ingt apa gunanya




yang ni plak alat yang kurung pesalah smpai la ko jd kering kontang mcm neh








uiiii...sang algojo...tu alat yg dipanggil guillotin...untuk pancung kepala...yg berpakaian itam tu adalah sang algojo. seram seyyy...dh la suram jek...mr.J suh amik gambo ngan die ni pon tok seyyy la mek...buatnya benda ni bergerak ke tak ke pinsan aku...






ni semua alat2 jenis yang pancung-pancung kepala punya....












alat hukuman beroda lagik


sebenarnya gambo yang aku tunjuk ni dh berterabur...sbb pameran tu die dh susun elok2..mana yg jenis pancung, jenis kepit2 ni, jenis gelek pakai roda, byk la lg..tp dh tak tersusun....jd aku pakai tepek sajalah...



die ni lagik....




yang ni plak alat hukuman yang dok men cakor2 blakang...



ni plak jenih pasung cemana la neh....lenguh kalo dok lelama mcm ni...seksa...seksa

itulah saja gambo yang boleh aku tunjukkan untuk entry kali ni..sorry la kualiti ke laut..pakai camera hp yg 2 mp jek...untuk ke muzium seni ni senang jek...kalo ko nmpak hotel shahzan inn atau Masjis Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan (Masjid besar) masuk ke area tu. muzium ni terletak antara pejabat tanah ngan pejabat agama islam kuantan. harga tiket untuk pameran ni hanya RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2. siap ade cabutan bertuah. nnti 31hb mei kol 9 dorang akan panggil nama2 bertuah.....