Saturday, March 12, 2011

khasiat lemon


aloppp.. kali ni aku nak kongsi pasal kebaikan dan khasiat lemon... aku adelah peminat lemon tegar...kalo dpt lemon perah dlm teh...pehhhh....mmg nikmat...pehtu satu lg satu perangai pelik aku ngan lemon ni adelah aku suka makan kulit lemon...pahittt....? tak la pahit sgt pon....sedap jek aku rasa.

aku penah cakap kat akak opis aku, kalo nak cepat perut kempis amalkanlah makan lemon...die buleh bilang....eeeeiiii akak tak makan lemon...rasa mcm axion...hihii...mcm penah makan axion jek. die ckp lg kalo benda2 berlemon ni die mmg tak minat. takpelah..masing-masing ade kegemaran masing-masing kan?



ok kat sini aku nak kongsi sket la dr hasil pembacaan aku pasal lemon nih...byk kebaikan lemon ni..sbb lemon ni kaya dengan vitamin c, kalsium, magnesium, limonene, bioflavonoids yang baik untuk badan. Antara kebaikan lemon adalah :

1. kandungan vitamin c dalam lemon mampu untuk menghaluskan kulit sbb sifat alkali dalam lemon boleh membunuh bakteria penyebab jerawat.


2. lemon jugak dapat mengubati selesema (flu). kandungan vitamin c yang tinggi dalam lemon mampu meningkatkan daya tahan badan dan kandungan anti virusnya mampu mencegah selesema dari merebak.


3. lemon juga dapat mewangikan mulut berbau...amik la sepotong lemon setiap pg dan bau mulut dpt dikurangkan.


4. sakit gigi pon boleh. amik skit lemon pehtu tenyeh-tenyeh kat gigi yang sakit tu.


5. lemon jugak boleh bertindak sebagai egen pengelupasan kulit mati. korang perah2 air lemon tu wat minum jangan buang kulit. amik yang kulit dalam tu tengeh2 sekitar muka, lutut, siku, dan lain-lain anggota badan yang perlu.


6. nak bagi kulit cerah pon boleh. amik sepotong lemon pastu sapu kat muka. biarkan dlm 5 minit lepas tu bilas...buat setiap hari kalo rajin.


7. lemon jugak boleh menghilangkan kelemumur. perah sebelah atau sebiji lemon. amik airnya dan gosok-gosok kat kepala. biarkan 5 minit lepas tu bilaslah kepala.


8. boleh menghilangkan dahaga ketika haus...wat lemonade ke, perah kat teh ke...mmg umpppphhh...


9. lemon pon boleh putih dan kuatkan kuku. amik perahan air lemon dan campur dengan air suam...rendam kuku dalam air lemon tu dalam 5 minit lepas tu kulit lemon yang bahagian dalam tu gosok-gosok kat kuku. yang ni buat la sebulan sekalik..kalo hari2 mau hancur kuku tu pulak.


10. lemon jugak boleh melicinkan perjalanan sisa buangan dalam perut. maknanya lancarkan sistem penghadaman. amalkan minum lemon suam 2/3 kali sehari.


11. dipercayai ambil sesudu jus lemon tulen sejam sebelum makan  setiap hari dpt kurangkan asma (walahualam)


12. lemon pun boleh putihkan ketiak...perah sedikit lemon, campur dengan perahan air timun, sapu dekat ketiak dan biarkan dlm 20 minit..lepas tu bilas la...buatkan 3/4 kali seminggu.


13. kalo sakit tekak tu bolehlah kumur ngan air lemon. (baik minum jek kan..)


14. wanita mengandung elok amalkan jus lemon..mampu kuatkan tulang bayi.


15. lemon jugak dapat kurangkan kadar kolestrol dalam badan


16. lemon pon dapat kurangkan stress...


17. masa demam pon boleh amik jus lemon ni sbb lemon dpt bantu kita berpeloh.


kan banyak kebaikan lemon tu...ingt lemon tu bleh wat axion ke...cer try basuh pinggan pakai axion lemon...kan bersih berkilat tu...banyak taw khasiat lemon ni. aku pon skang dlm proses nak kempiskan perut jd mmg amalkan minum air lemon. abih je stok beli..abih jek beli...tp aritu aku pg pasaraya yg selalu jual lemon tu takde plak...kalo pasaraya tu dh tak jual lemon dan mana nak carik T_T...xper akan aku usahakan sampai dpt...


No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!

Post a Comment