Friday, March 11, 2011

comeyyyynyaaaaa....


aku memang pecinta kucing. aku dibesarkan sambil dikelilingi ngan makhluk yang comel neh. kat umah aku skang nih pon belambak kucing2. kucing kat kedai makan pon aku bleh geram jek tgk. cer korang tgk video tu..kiut kan..kan..kan...alahai...rasa nak cubit2 jek

tp aku tak paham kenapa mesti ada manusia yang berhati busuk dan jahat suka sangat membuli haiwan2 ni. mereka ni makhluk tuhan jugak dan mereka jugak berhak untuk hidup dekat dunia ni. byk dah video (tp tak sanggup tgk) menunjukkan manusia yang mendera serta membunuh haiwan2 ni dengan sengaja. apa salah mereka. 

terlalu banyak dah video yang menunjukkan betapa kejamnya manusia ni. bukan setakat berbunuh sesama manusia malah haiwan yang kecil dan lemah pon korang bunuh jugak. mana pegi rasa keperimanusiaan korang tu. kenapa kejam sangat. hebat sangat ke korang tu. hebat ape kalo membuli makhluk tuhan yang tak berdaya. takpe2 ade balasan untuk korang nnti.

smlam aku ade baca kata pembuli kucing mintak maap...ko pg la mintak maap kat kucing ko buli tu...tah idop tah mati kucing tu...patotnya org2 ni dihukum...penajara ke..sebat ke..wat keje amal seumur idop tanpa bayaran sesen pon kat pusat2 haiwan terbiar ke...ataw apa2 hukuman setimpal...

sorry aku ter'emo plak...maklumlah aku ni mmg suka dan sayang sangat dengan haiwan kesayangan nabi berserta sahabatnya abu hurairah. bukan kucing jek..lain2 haiwan jugak tak patot dilakukan dengan kejam...siapa kita? kita sendiri pun hanya menumpang di dunia yang Allah ciptakan...jadi kita tak layak untuk menentukan siapa yang patot hidop atau siapa yang patot mati....


sayangilah kuceng anda



No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!