Wednesday, March 23, 2011

Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin



dapat ni dari pembacaan....disebabkan terlebih rajin aku pon taiplah untuk diposting ke entry kali ni... ni pantang larang untuk sape2 yang dah bertunang dan bakal melangkah ke alam rumah tangga..termasuklah saya menaip nih...mana yang patot ikut tu ikutlah...aku sekadar berkongsi saje...marilah kita sebagai bakal pengantin membaca pantang larang sebelum kita berkahweng nnti.....cekidout...

1. jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. selain itu ia jugak bertujuan untuk mengawal napsu. ia jugak untuk menimbulkan rasa rindu. dan perasaan tersebut akan membuatkan pengantin nampak lagi berseri....

2. jangan tidur dirumah orang. takut terkena ilmu. ianya juga untuk menjaga nama baik keluarga.

3. jangan bebas ke mana-mana takot disantau oleh mereka yang berniat tak baik...

4. jangan makan nasik dengan gulai berkuah selama beberapa bulan sebelum berkahwin untuk mengelakkan perut buncit (aiseh....aku suka plak kuah2 nih)

5. elakkan makan ulam yang busuk seperti petai dan jering (seb bek tak makan)

6. jangan bercermin terutamanya selepas maghrib ke atas untuk elakkan sihir (kalo nak kuor malam mcm mana pulak tu?)

7. elakkan minum air bergas. 

8. elakkan juga makanan yang manis (takot kang kine kencing manis)

9. elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi

10. kawal makan iaitu makan sekali sehari (bg sesetengah adat)

11. kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan elakkan tidur meniarap kerana tidak bagus untukorgan seks kerana darah tidak mengalir.

12. elakkan memakan makanan laut terlalu banyak..kerana mengandungi toksin

13. tiga bulan sebelum berkahwin digalakkan membuat urutan supaya pengantin lebih bertenaga (jgn guna ni sbgai alasan ketika ke rumah urut sedappp)

14. amalkan memakan telur ayam kampung  yang dicampur madu dan lada hitam seminggu 2 kali untuk menambah tenaga

15. bagi mereka yang banyak angin amalkan minum air halia untuk mengurangkan angin dalam badan

16. belajar ilmu rumah tangga dari org yang berpengalaman (ni petualah bukan pantang larang)

17. jangan emmuaskan napsu dengan cara sendiri.

18. cukopkan tidur 7 hingga 8 jam sehari

19. elakkan minuman keras (harommmmm nih...) dan merokok

20. elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri kulit akan hitam dan wajah tidak akan berseri ketika bersanding.

21. elakkan minum soya kerana ianya sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin (tapi soya itu kan sedappp)

22. amalkan makan jamu (he..he..)

23. banyakkan bacaan2 surah2 bagi mengelakkan gangguan syaitan. sentiasa ingt Allah

24. jangan makan tanpa kawalan..

25. jangan terlalu terdedah pada keluarga kaum lelaki.

26. jangan berembun atau keluar malam untuk mengelakkan unusr jahat

27. jangan bercelak atau belangir (apa nih?) serta memotong rambut seminggu sebelum kahwin

28. jaga pertuturan

30. elakkan makan sayur yang bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka tampak segar

31. sblum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis (hahhhhh...???????)

32. lempar baju atas bumbung tanpa diketahui oleh orang bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung
33. dilarang memandang cermin ketika disolek mak andam kerana takot hilang seri


kebanyakkan pantang larang ni selalunya datang dari orang dulu2. mana2 yang rasa sesuai aku tepek la kat sini. ade jugak yang skip2.... biasalah orang dulu2 banyak pantang larangnya.... mana yang boleh ikut kita ikut...mereka lg byk pengalaman dari kita....

selamat membaca dan selamat pengantin baru....




No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!