Tuesday, December 28, 2010

hashim dan cinta buta

mata hashim hampir terkeluar dari soket... bukan mata jek.. ade benda lain jugak yg hampir terkeluar soket. cis... awek sape la tu.. ngomel hashim.. kepanasan.. matanya terus diarahkan lg di bus stop tu...

seorang gadis didapati duduk berseorang di bus stop itu..
hashim mengerling ke arah jam abibasnya yg dibeli di pasar longgok dengan harga rm10 itu.
dah kol 10 malam...desis hati hashim lg...
wat ape la gadis cantek macam tu dok sensorang kat bus stop ni.
eh...cop..cop..hantukah..
gulppp...hashim menelan liur payaunya..

segera hashim menonggeng...
ikut petua dahulu kala..
nak taw hantu ke tak tonggeng la nak tgk kaki..
oh...ade kaki..
hashim makin gelisah..
kaki itu sungguh cantik, putih dan gebu.
penat menonggeng hashim berdiri semula.

diraba poket seluar belakang..
ade sikat yg giginya jarang2 sbb patah.
hashim sayangkan sikat itu kerana itulah pemberian dari arwah datuknya.
sikat itu sudah kelihatan antik dan hanya layak dipamerkan di muzium..
datuknya berkata dengan sikat itulah die dpt mengorat neneknya.
hashim tersengih kerang busuk.
dengan sikat tu jugak die aka cuba mengorat awek seksi yg duduk sorang
kat bus stand itu..lgpon hashim dh lama membujang

hashim meraba2 pulak mukanya..terasa ketulan2 jerawat
yang menghiasi hampir keseluruhan ruang mukanya.
ah..pedulikan..jerawat pemanis.
hashim meraba2 lg mukanya..
berminyak...
lantas hashim keluarkan sapu tangan kusamnya.
muka berminyak dilap..
side mirror motor honda cup dijeling.
hmm..kacak aku ni...fahrin ahmad pon tak sekacak aku.
hashim sengih kerang busuk lg.

dia berkira2 mahu menjemput awek seksi tersebut menumpang motornya
itupon kalo die mahu.
skirt awek tu terlampau ketat.
mcm mana die nak duduk.
ah..apa susah naik je mcm org dulu2 naik.
sopan...

segera sikat jarangnya diambil dr poket.
jambul hashim dikemaskan.
sempat lg hashim menggunakan air liurnya sebagai minyak rambut..yuck..
setelah yakin jambulnya terpacak ala2 david bekam..
die melangkah macho ke arah gadis itu..

hashim bersiul2 kecil untuk menarik perhatian awek seksi itu
awek seksi itu menoleh ke arah hashim
makin kencang detak jantung hashim
cantik..bisik hati hashim..
'hai..' tegur hashim..miang.
awek itu hanya senyum kemudian pandangan matanya diarahkan ke jalan.
cantiknya gigi...tersusun.
'sorang je ke?'.. hashim cuba mengayat lg
awk seksi itu memandang hashim sambil tersenyum.
hashim garu2 kepalanya yg berkelemumur akibat tak shampoo selama 3 hari.
adiknya azimah menyorokkan syampunya..
kedekut betul..pinjam skit pon tak bleh.
die mencebik..

'tunggu sapa? nak abang tumpangkan?'
hashim masih cuba untuk mengatur ayat.
awek cun td masih lg tersenyum 
'motor abang kat sana.. kalo nak tumpang marilah..tak elok gadis dok sorang2 malam2 mcm ni..' hashim masih lg cuba menjual minyak
awek seksi senyum lg
isk..asik senyum2 jek..bisu ke
mata hashim liar memandang awek seksi itu..
pehh...seksi dengan baju tanpa lengan ditambah dengan skirt pendek paras peha
putih, gebu.
jiwa muda hashim bergelora.

'tak baik jual mahal dik oiii...'
gadis itu terus berpaling muka kearah hashim
hashim terpana denga renungan awek tersebut...

tiba-tiba

'mana ada mahal abang oiii..sejam rm30 jek'
hashim hampir rebah..
suara itu hampir dengan suaranya..garau tetapi cuba untuk dilembutkan
dunia dirasakan gelap..
cisss...aku terngorat bapok rupanya...

tanpa menadang kiri kanan hashim meluru laju ke arah motornya.
'awek' seksi mula terjerit2 parau memangil hashim

dengan gaya rempit sejati hashim memecut laju motornya
meninggalkan 'awek' seksi terbatuk2 menyedut asap motor honda cupnya..

*** idea dikerah dr kepala hotin jellymerah sendiri...

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!