Thursday, December 2, 2010

hijrah

ini post bukan nak citer pasal awal muharram. tak berani la nak citer kalo ilmu pengetahuan pendek. maksud hijrah adalah bermaksud perpindahan. peristiwa hijrah ini berlaku pada tahun 622 masihi iaitu perpindahan NABI MUHAMMAD S.A.W dan pengikutnya dari kota Makkah ke Kota Madinah. hijrah yang dilakukan baginda nabi adalah untuk menyebarkan lagi ajaran islam. tarikh hijrah juga adalah permulaan tahun baru bagi umat islam.


kat sini aku nak citer pasal hijrah lain. hijrah yang dilakukan oleh aku. bukan aku nak pindah...nooo.. nak citer perubahan yang berlaku. hijrah yang aku lakukan adalah dari aku bukan seorang yang bertudung kepada seseorang yang menutup kepalanya. seseorang yang menutup rambutnya dari dilihat oleh khalayak ramai. aku citer ni bukan nak bermegah, tapi untuk berkongsi bersama.


aku dok belek beberapa blog tadi dorang hentam trailer cerita aku masih dara. ade dialog die yg berbunyi :


"Sekarang ini pun ramai yang pakai tudung sebab nak sembunyikan love bite"

ramai jugak yang marah. eh...ni bukan blog gossip ok..cuma amik sket contoh. nak letak video aku tataw mcm mana nak copy dr utube. takpelah. so brapa ramai kat luar sana yg pakai tudung semata2 nak tutup love bite. betol ke mcm tu. ramai yang terasa terutamanya mereka yang bertudung. yup bagi aku dialog tu tak seswai..mcm memperlekehkan org pakai tudung. pengarah die ckp ade mesej yang hendak disampaikan..tp aku tak nmpk mesej nya ape.. adekah die nak suh org pakai tudung ikhlas bukan semata2 nak tutup lovebite..?? ataupun die sedang mengajar remaja kat sana kalo ko tanak lovebite tu mak pak ko atau sesapa nampak ko tutup la ngan tudung...gituu???


ok tak payah nak citer pasal filem tu lagi... meh aku citer pasal penghijrahan aku. dulu aku pakai tudung hanya masa pegi keje, kenduri atau balik kg belah abah aku. takde keikhlasan untuk aku bertudung. aku lg suka tgk muka aku tak pakai tudung. mcm2 fesyen rambut aku cuba. aku penah kalerkan fringe aku kaler merah. hehehe..zaman nakal2 dulu...mama ngan abah selalu suh aku bertudung tp aku diam jek.. mcm tu jugak tunang aku..die penah tegur jugak. ape yg aku ckp kat die dulu nnti masa mak awak sarung cincin kat saya, saya stat pakai tudung.


tp entah mcm mana aku tergerak nak pakai tudung lebih awal.tak awal mana pon awal seminggu dr tarikh bertunang aku. aku ikhlas bertudung, aku nak berubah. bila aku tgk diri aku nmpak cantik, nampak manis (pada pandangan aku la) sbb aku ikhlas. bukan semata2 nak sedapkan ati sesiapa, tp kerana tuntutan agama. rupanya bila lakukan sesuatu dengan ikhlas dan niat kerana ALLAH. hasilnya memuaskan...  ati aku berasa tenang dada terasa lapang. skang aku lebih senang bertudung tak payah amik masa yg lama uruskan rambut kalo nak kuor umah. serkup je ngan tudung ala ariani sepit sana skit sepit sini skit dah siap cantik cun.


td aku tgk mulan jameela wife dhani dewa pon dah pakai tudung litup, ramlah ram, linda brip brip catriona ross semuanya dah bertudung. dorang nampak cantik. mama ngan abah pon suka ngan perubahan aku. tunang aku pon.


lagipon aku dah penat jadi hipokrit..pakai tudung waktu tertentu jek..alang2 tu baik pakai tudung terus, ye tak..so aku sendiri pon suka ngan perubahan aku. skang ni aku pon aku nak kumpul baju yg sopan2 gitu..takkan pakai tudung baju lengan pendek ye dok..aku tak suka gitu..pasni jadi gadis ayu le aku..ngan blaus takpon baju lengan panjang. eh walaupon tak pakai tudung tp aku tak seksi okeh..aku tak pakai skirt pendek tak pakai baju terdedah...kepala je yg terdedah.


perubahan itu menuntut kesabaran. tetapi perubahan aku ni dituntut agama. dan aku ikhlas terhadap perubahan aku tu...



No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!