Wednesday, June 29, 2011

lelaki seperti ini harus dijauhi

korang wanita mesti ade ciri-ciri lelaki idaman kan...
macam nak yg kacak, bergaya, tinggi, gagah,kaya gittew..
tp adekah korang dpt lelaki yang diidam-idamkan ittew...?
adekah bf korang menepati ciri-ciri idaman korang?
tak kisahlah jnji kamu semua bahagia dengan pilihan kamu...kan...?
begitu jugak saya...saya bahagia dengan pilihan saya.
tetapi wanita...anda harus berhati-hati..
ade jugak lelaki yg harus dijauhi tak boleh didekati

epp...eppp...
saya bukan bias or racist..(boleh panggil racist ke)
saya bukan anti lelaki (kalo dah anti saya tak kawen)
tp ade beberapa kategori lelaki yang kaum wanita harus jauhi

bnyak dah aku baca dengan pengalaman orang-orang sekeliling
yang masih nak setia atau nak melekat ngan lelaki mcm ni
oi...wake up...bangun....cuci muka
tak sedar lagi hentak je kepala kat dinding.
suh tinggal takmo..alasan masih sayang
harap die berubah...
owh...touchingnya...
lepas tu ngadu sana sini
bla..bla...bla...
kasik nasihat takmo dengar...
so pandai2 la ko tanggung

ok mari tgk senarai pendek lelaki yang harus dijauhi kaum wanita
melalui survey mrs.Jellymerah....

1. kaki pukul - sila jauhkan diri anda dr lelaki seperti ini. lebih lebih lg
baru tahap2 boipren. motip nak sepak terajang anak orang. anda bukan
punchbag die...so angkat kaki blah...jangan bg alasan sayang
untuk lelaki seperti ini...jangan besok-besok dah mati baru nak sedar...dah lambat

2.pisau cukur - ini bukan pisau cukur cap gilette ye...ni betol-betol kaki pow
pompuan. motip sangat ko kan makan duit pempuan.
ade manusia terdekat aku boipren perangai choyyy mcm ni. sila jauhkan diri anda.
baik duit tu korang wat benda lain yang orang kata tak berpaedah
mcm soping, makan-makan etc...dr ko abihkan duit kat lelaki mcm tu

3. mulut manis - bukan main lg....adik manissssss....terus ko cair kan.
awas dengan lelaki mulut manis ni...mulut manis hati masam. dorang suka
beralasan...terutamanya lelaki yg dah kawin...sila jangan percaya
banyak sangat kalo diorang jnji nak kawen ngan korang.
huh....

4. PATI - adalah akronim bg PENDATANG ASING TANPA IZIN tolong la jauh-sejauh-jauhnya
sebelum anda dibawa larik jauh lepas tu melolong mintak diselamatkan
sbb idop susah makan kais pagi kais petang.
nyusahkan orang ramai je nak angkut ko bawak balik.
duit pon byk dah perabih..lelaki tempatan ramai...
kat pahang ramai jek lelaki...
susah-susah pon negara sendiri.

5. suami orang - ye..sila jauhi lelaki yang berstatus suami atau bapak orang.
byk alasan dorang ni..bini tak take care lah
dah nak bercerai ngan bini lah...
yada..yada..yada...seribu satu alasan.
ko pon cair kesian dan ko pon tiba-tiba rasa
yang ko boleh jd yg lebih baik dr bini die...
hahahahahaha....sila sedar ye...ko dgr citer
satu pihak je...kalo betol takpelah
kalo yg jenis mmg miang keladi tu..?
jadi sebagai perempuan mahukah kamu berkongsi kasih sayang
dengan orang lain..? buktinya...
ko suh lelaki tu ceraikan bini die kalo nak kawen ngan ko.
hah...nmpak dah kat situ ko tak sanggup berkongsikan.
lainlah kalo korang ditakdirkan bermadu...itu aku taleh nak wat apa
sbb itu sudah jodoh kamu.
tp....sila jgn jd perosak rumah tangga orang lain...

6. kaki perempuan - jangan ko selak seluar die cek kaki die mcm perempuan
ke tak...bukan..bukan...
ini kaki perempuan ni bahaya...byk sangat aweks
disekeliling...bukan tahap setia nih.
alasan biasa..mencari yang sesuai...adekah beliau rasa beliau je yg sesuai
untuk mana-mana perempuan tp mana-mana perempuan tak sesuai
dengan ko...sila jauhkan diri sebelum kamu menangis smpai tercabut anak mata
cari lain...ramai lg yg setia...


7. pemain dota tegar - owh ni lg spesis bahaya nih. silap-silap ko rasa mcm
ko tade boipren. sbb die lg syok layan dota dr pg deting ngan ko
game ni dh mcm drug je..ketagihan...kalo tak main rasa gigil je...
rela ngadap benda alah ni dr makan minum tido dan berak
bukti terdekat dah ade...(pelaku tidak akan didedahkan)
tetapi peratusan untuk jumpa lelaki ni mungkin rendah
sbb dorang jarang kuor rumah sbb sebok main dota di pc rumah...


8. lelaki macho - sila jauhkan diri kalo anda rasa bleh tergugat bila-bila
masa. melainkan anda benar-benar hot chick yang kalo lelaki pandang
bleh terkeluor bijik mata. bg wanita biasa mcm aku T___T jangan la hadap
sangat nak laki mcm ni..peratusan untuk beliau curang atau dirampas
amatlah tinggi...org lombok pon leh bawak lari anak dara orang
ni kan plak lelaki macho ala-ala seth tan tu.


ni antara ciri-ciri yang sempat aku perhatikan.
lelaki...jangan laharin saya...
ini melalui pemerhatian saya.
mungkin salah mungkin betol.
anda sendiri mungkin mempunyai pandangan lain mengenai ciri-ciri 
negatif wanita. ye saya paham.
kita melihat dan kita menilai.
tapi keputusannya tidak semua akan bersetuju.


saya juga wanita dan mempunyai suami..kalo dh sayang kita
juga tak akan mkn saman walopon kene maki berbakul-bakul..
itulah kehidupan.

2 comments:

  1. nasihat bguna bg yg belum berkahwin... tapi bila dah suka semuanya indah saja... apa org ckp kentut pun bau wangi...heheheh

    ReplyDelete
  2. yg suke men dota tu xboleh than tu.. klau boleh nk ngadap 24 jam.. rse bengkek je ati ni...

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete

aku menulis korang mengomen...!!!