Wednesday, December 1, 2010

kuasa blog

berapa banyak kat malaysia rakyatnya ade blog sendiri..?? banyak kan... macam2 gaya penulisan blog tu..ada pasal politik, hiburan, kekeluargaan, keagamaan... ade beberapa blog yang jadi sumber inspirasi aku...tapi aku try untuk menulis ikut cara aku la..bukan meniru mana2 blog yang menjadi pojaan hati aku..sehari mesti baca tak miss..


teknologi sekarang ada di hujung jari...ko taip je kat pakcik gugel..berdesup jek maklumat yg disalurkan...teknologi menyenangkan kita tapi juga memudaratkan...pandai2 la kita manfaatkan teknologi itu..


macam tu juga berblogging...ada yg dapat duit riban2..dengan upah iklan yang lumayan..aku pon nak cuba dengan cara macam tu jugak la kalo ade rezeki..aku kene rajin la jangan asek nak ikot mood aku jek jap nak tulis jap malas..so apa2 aje citer yang aku rasa menarik untuk dikongsikan aku akan kongsi barulah blog aku meriah...


tulis blog ni walaupon nampak mudah tapi tak sebenarnya...kita perlu idea, cerita sensasi yang panas, cerita yang menarik, contonhya blog2 yang citer pasal retis nih...tp aku tak reti plak nak bukak citer pasal retis...dah banyak dah blog2 lain dok citer pasal retis... so tak payah la lagipon aku tak pandai cari bahan..stakat baca kutok komen tu boleh la...


dengan adanya blog kita boleh bercerita, berkongsi maklumat, nak meroyan, meminta pandangan kerana semua maklumat berada di hujung jari.. dengan kebijaksanaan kita menggunakan kemudahan tersebut supaya ianya tidak disalah guna.. dengan kemudahan ni jugak macam2 perkara negatif jadi.. dengan fitnahnya.. dengan penyebaran khabar angin..gambar2 yang howt.. laki bini leh cerai..kawan2 leh gaduh macam2 lagi la.. jatuh menjatuh tu perkara biasa..org ni kadang2 bukan senang dengan kejayaan kita kan..


so kita berhati2 lah menggunakan ternologi nih...jangan terjerat diri sendiri udoh la..






pesanan ringkas,
jellymerah

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!