Tuesday, January 18, 2011

kota ngah ibrahim (Part 1)


ok..pengembaraan selepas berasa sendu dan syahdu kat air terjun sbb tak dapat mandi adalah ke muzium Ngah Ibrahim.memula aku tnya pak sedara aku..'kole sepetang kat mane?' die ckp tak jauh pun dr sini (bukit larut). aku tnya lg ade ape kat sane?. ade muzium ngah ibrahim. nak pg ke? tnya pak sedara aku...aku pon jawab. nakkkkkkkk. so, moh la kite ke muzium ngan ibrahim atau namanya yg dikenali sebagai kota Ngah Ibrahim. so kita pg sini ngan bau kepam sbb tak bawak baju salin pas panjat bukit...gamble sudeyyy...




ok masuk ke kota Ngah Ibrahim ni adelah percuma ye..tak payah bayor sesen pong.




memola sampai korang akan disambut ngan meriam kat depan muzium neh.


ok aku citer sket pasal Ngah Ibrahim nih lah. masa sejarah dulu ade belajar taw ni semer. ghee hin, hai san, lombong bijih timah kat larut. korang ingt tak neh...? aishhh... aku pon tak berapa ingt,,,heheheh...

Ngah Ibrahim ni merupakan anak Che Long Jaafar, dimana beliau adalah orang yg mula-mula menemui bijih timah kat Bukit Gantang Taiping. Dengan hasil bijih timah ni menyebabkan Ngah Ibrahim ni menjadi kaya dan kekayaan beliau ni melebihi dr sultan perak. dengan adanya perusahaan bijih timah ni maka banyaklah tenaga buruh diperlukan terutamanya imigran dari cina. bila dah ramai sangat kemasukkan orang cina ni maka tertubuhlah gerakan kongsi gelap iaitu Ghee Hin dan Hai San. tp dua2 kongsi gelap ni bermusuh. sbb tu berlakunya perang Larut yg ade 3 siri akibat perbalahan kongsi gelap neh. selain dr kumpulan kongis gelap syarikat Hindia Timur Inggeris ni pon sebok jek nak monopoli perusahaan bijih timah neh. maka memikirkan keselamatan beliau, Ngah Ibrahim pon binalah kota Ngah Ibrahim ni sebagai kediaman yang dibuat dengan kukuh. tembok batu die je dah berlapis. yelah untuk keselamatan. selain dari rumah kota Ngah Ibrahim ni jugak berfungsi sebagai pejabat dan pusat pungut cukai bijih timah.

selain dari tu rumah ni jugak dijadikan oleh org Inggeris sebagai tempat perbicaraan Ngah Ibrahim yang dikatakan antara yg telah membunuh J.W.W Birch tu. selain dr tu jugak rumah Ngah Ibrahim ni penah dijadikan maktab perguruan sebelum dipindahkan ke Tanjung Malim, penah jugak dijadikan sekolah dan akhirnya rumah beliau dijadikan sebagai muzium dan kompleks sejarah Matang. itulah skit sejarah pasal kota Ngah Ibrahim nih. ok pasni kita enjoice gambo yg ade kat dalam muzium neh.



kat depan muzium ni pon ade meriam kecik..comel jek


masa syok2 amik gambo meriam kecik..melangkah je masuk muzium tekujat akak nmpak patung neh (lap2 peluh). ingtkan tadik ternampak jelmaan orang dedolu rerupanya patung. sakit jantung. kiranya masuk muzium ni byk terkejut sbb byk patung manusia bersaiz manusia (paham dok?). tp ade gak perasaan seram terutamanya masa kat atas dah la sunyi pehtu rasa mcm patung2 ni tgh tgk kita jek. bila toleh kat patung tu rasa mcm ok je, bila pandang lain rasa mcm patung tu toleh kat kita je.hahah buruknya perasaan aku neh.


 


hah..ni sorang lagi yang buat aku terkujat..ampes sungguh..masuk2 jek aku nengok ade sorang askar jepung kaki terkonting2 dok kat kusi. masa dok syok2 amik gambo sekeliling tu aku rasa mamat ni mcm menoleh tgk kat kitaorg...peh serammmmm...kalo memalam mcm mane pulak tu weiiii...





ni antara alatan dan jugak beberapa catatan peristiwa mengenai penduduk jepun di Perak


serpihan enjin kapal terbang katanya






antara alatan pertanian tradisional yang ade kat muzium Ngah Ibrahim



yg ni plak muzium Ngah Ibrahim sebelum dan selepas di renovasi




 antara alatan tembikar yg telah dijumpai di Kota Ngah Ibrahim



miniature/replika rumah Ngah Ibrahim.






tu yg patung pengawal penjara tu pon aku bleh terkujat. tu mcm askar sikh je (correct me if i'm wrong...terspekong london plak).. yg ni aku tak tahan sepupu aku dok korek2 idung patung pengawal nih... aku tak berani nak dekat...ehehe.. ok dlm bilik ni ade penjara. tak pasti penjara apa. aku cuma rasa itu mybe penjara sebelum Ngah Ibrahim diletakkan sebelum dibicara dan dibuang negeri. atau mybe pas Ngah Ibrahim dibuang negeri inggeris yg amik alih umah ni jadikan salah satu bilik sebagai penjara (sungguh tak pasti). gambar bawah tu plak antara alat2 hukuman untuk pesalah.






yg ni plak antara alatan orang inggeris. nmpak tak poster tu..nmpak tak pillars yg sama mcm kat casuarina inn tu..casuarina inn tu dulu tapak rumah residen inggeris. kiranya casuarina inn tu lokasi bersejarah. sayang la kalo hotel tu dibiarkan mcm tu...mybe something boleh dilakukan. contohnya tempat penginapan misteri ke...bg aku casuarina inn tu perlu dipelihara dan dipulihara. sbb bg aku ianya adalah peninggalan sejarah



kat atas ni gambo lampu kapal inggeris dan jugak kompas.. aku rasa mcm nak mintak jek kat org jaga muzium tu kompas neh...mcm menarik jek

baju bugis




ini ilustrasi perang larut yg jadi kat perak masa tu. korang ingt tak perang larut ni. perang larut ni terjadi antara kongsi gelap antara ghee hin dan hai san. dorang ni mmg tak sebulu la. perang larut ni ada smpai 3 siri.nak keterangan lanjut bukak buku sejarah...ehehehe.


tataw la aku ni puak ghee hin ke hai san. soklan sepupu aku kat patung nih... tak masak2 lg ke airnya bang...vongoks sungguh...watnya menda ni jawab tak ke lintang pukang aku larikkk..

beskal tua



tak ingt la alat ape nih..tp berkaitan bijih timah jugak la

 ni bijih timah


ni batu bijih (tin ore..katanya)



ni plak uncang bijih


dulang bijih timah


baju pelombong bijih dedolu


 sempoa kira untung 

pintu.. (mcm la korang tataw nih pintu kan) antik tu

ok nnti kita sambung pulak ek cerita muzium Ngah Ibrahim neh. nnti part 2 kita cerita bahgian atas muzium ngan luar muzium plak... bahagian atas ni creepy sket la...sbb sunyi pehtu aku dpt merasakan seolah2 patung2 yg ade matanya meliar tgk aku... hahaha... tu perasaan aku jek.. tp best..aku suke pg muzium

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!