Thursday, March 3, 2011

wanita kalo nak sihat baca nih...!!!



tiba-tiba blog aku dah jadik blog motivasi plak...aritu ckp pasal rahsia wanita, kali ni aku nak bg tips-tips kalo wanita nak kekal sihat. penting nih..badan kita nak pakai lama. kesihatan kena jaga. so ni ade beberapa tips yang boleh aku kongsi ngan korang. tips ni pon untuk aku jugak...ni aku dpt dr pembacaan. sama-sama la kita berkongsi

1. duduk terlalu lama

urat-urat sekitar kaki akan jadi kembang. liang vagina akan sentiasa basah.

2. terlalu lama berjalan

merosakkan urat. dalam masa itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya (abeh tu ade kempen kesihatan kata kene jalan sehari 10,000langkah)

3. terlalu lama duduk

merosakkan lipatan daging. akan mudah dihinggapi penyakit tua. tubuh badan akan jd kendur

4. terlalu lama melihat

merosakkan darah. darah haid menjadi kotor dr kebiasaan

5. terlalu banyak tidur

merosakkan tenaga. menjadi pemalas. jauh jodoh. selalu berangan-angan. urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. mudah dijangkiti kemandulan

6. terlalu riang/gembira

merosakkan usus. mudah dijangkiti keputihan vagina

7. terlalu kerap marah.

merosakkan hati. cepat kelihatan tua

8. terlalu banyak berfikir

merosakkan limpa. kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur sering mengalami sentakan tangan atau kaki. kesihatan rahim akan terjejas.

9. terlalu banyak bersedih

merosakkan jantung

10. terlalu takut

merosakkan ginjal. apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan kencing manis dan lemah jantung.

11. terlalu merana

merosakkan paru-paru

12. terlalu kerap terkejut

merosakkan pundi hempedu. gejala pening kepala kerap dialami. haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang kadangkala terlebih. 

13. terlalu banyak makan

merosakkan pencernaan. mudah mengalami keletihan, mengantuk, malas. liang vagina menjadi kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina.

14. terlalu banyak minum minuman berais.

merosakkan otot dan lambung. badan dan payudara menjadi lembik. berat badan meningkat. mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda

15. terlalu banyak masa lapang

merosakkan fikiran. kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yg positif.

aiseh...semuanya tak boleh, sampaikan terlalu genbira pon tak boleh....bukan tak boleh, tp kurang-kurangkan....jadi marilah kita wanita hidup secara sihat



2 comments:

  1. susah la kalau macam ni . adehhh XD

    ReplyDelete
  2. terlalu gembira pon salah???
    sakit jantung pulak la jawapnyer

    ReplyDelete

aku menulis korang mengomen...!!!