wahai kaum lelaki, ketahuilah rahsia hati wanita yang tidak kamu ketahui...selamilah hatinya, kerana kami nmpak keras diluar, lembut didalam....kami wanita ingin difahami dan ingin disayangi, seperti mana kamu lelaki ingin difahami dan disayangi.
1. apabila wanita menyatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna die sedang menangis di dalam hatinya.
2. apabila die tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakitkan hatinya, lebih baik kamu berikan dia masa untuk die menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dan mengucapkan kata-kata maaf.
3. wanita sukar mencari sesuatu yang dibenci mengenai seseorang yang disayanginya.
4. sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, die akan sentiasa memikirkannya walaupun dia sedang keluar dengan lelaki yang lain.
5. bila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.
6. wanita sukakan pujian, tetapi tidak tahu bagaimana mahu menerima pujian.
7. jika kamu tidak menyukai wanita yang mencintaimy setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sbb ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu, apabila dia membuat keputusan, dia sanggup lakukan apa sahaja.
8. sekiranya seorang gadis menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. sekiranya kamu masih ingin menganggapnya sebagai kawan, cubalah untuk menegurnya secara perlahan-lahan.
9. wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka adalah langsung tidak berguna.
11. bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita
12. apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan rspon yang positif, contohnya menghubunginya dalam telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja gagang telefon diletakkan die akan menjerit kesukaan dan dlm masa tidak sampai 10 minit rakan-rakannya akan mengetahui berita tersebut.
13. sekuntum senyuman memberikan seribu erti buat wanita. jadi jangan senyum sembarangan.
14. jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. kemudian biarlah dia mengenali kamu dengan lebih mendalam.
15. jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana die memang tidak berminat dengan kamu.
16. tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilanmu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. bertanyalah kepadanya..!!!
18. setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, kenapa dia tidak berjumpa dengan lelaki itu lebih awal.
19. kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta
20. bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari si gadis adalah siapa yang berdiri disebelah buah hatinya, kemudia barulah dirinya sendiri.
21. bekas teman lelakinya akan sentiasa ada difikirannya, tetapi lelaki yang dicintainya akan sentiasa berada di dalam hatinya.
22. satu ucapan hai/assalamualaikum sahaja sudah cukuo untuk menceriakan harinya.
23. teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. wanita paling benci yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan wanita mereka yang paling cantik.
25. cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur, dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. senjata wanita adalah airmata
28. wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise untuk dirinya (hadiah, buna, kad ucapan). mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. dengan ini dia tidak akan ragu-ragu dengan dirimu.
29. wanita akan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya
30. sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
setujukah anda dengan benda-benda kat atas tu wahai wanita. ade bantahan/tambahan. wahai lelaki....mampukah anda...????!!!!!
No comments:
Post a Comment
aku menulis korang mengomen...!!!