aku dapat ni dari kawan. so bolehlah kita kongsi ye. untuk bakal isteri dan juga isteri-isteri diluar sana. semoga dapat dijadikan panduan buat kita bersama. sama-samalah kita renungkan.
Adab Isteri Kepada Suami
1. Apabila suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan menyampuk atau memotong percakapan suami.
2. Apabila suami marah, hendaklah isteri mendiamkan diri dan jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut apabila suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari - hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda akibat dari kedegilan anda. Sebaliknya, jika suami anda pulang janganlag mengungkit atau menyambung pertengkaran lama. Sebaiknya, sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah memohon kemaafan kepada suami.
3. Kadang-kadang si suami gemar mengusik isterinya. Bila die menyakiti hati anda secara sengaja atau tidak hendaklah anda bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah peragai yang tidak matang dan keanak-anakkan.
4. Bila kuku, misai atau janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya melebihi segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik seperti isnin, khamis dan jumaat.
5. Bila suami berhajatkan sesuatu, hendaklah isteri segera melakukannya. Bangun segera apabila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak menimbulkan kemarahan atau menyebabkan suami tersinggung. Jangan anda membuat acuh tidak acuh dengan suami, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat pada suami.
6. Apabila memasak, masaklah lauk kegemaran suami anda. Suami akan gembira jika seleranya dipenuhi. Dan sebenarnya mereka lebih menggemari masakan isterinya dari masakan luar.
7. Apabila baju suami koyak atau tercabut benangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah sekemas yang mungkin supaya ianya kelihatan cantik.
8. Jika bertembung kehendak suami bersama anak-anak. hendaklah mendahulukan suami, begitu jugak kehendak ibu dan ayah. Melayani suami merupakan pahal yang besar buat para isteri
9. Apabila hendak menggunakan harta suami dan duitnya untuk diberikan kepada ibu dan bapa, hendaklah meminta izinnya terlebih dahulu.
10. Sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Isteri hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan wangi supaya dapat menimbulkan kesenangan suami.
11. Air minuman hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai diminta walaupun hanya segelas air masak.
Sebagai isteri hendaklah kita sentaiasa memuliakan dan mengutamakan suami. Kita juga harislah menyenangkan hati suami supaya suami sayang kepada kita. Kita akan menjadi contoh2 pada anak-anak. Supaya mereka juga menghormati orang lain dan pasangan mereka.
tapi...(ceh ade gak tapi tu) lelaki pon sila ye berbuat yang sama. jangan ingat anda tu suami, ade kuasa boleh buat sesuka suki hati anda jek kat isteri korang tu. korang tu sebagai pelindung kepada wanita. wanita harus dilindungi, disayangi, dikasihi dan perlu dilayan dengan lemah dan lembut. ni tak..kang salah skit penyepak naik muka, silap skit, penerajang korang bagi. mintak dijauhkanlah ye. sayangilah pasangan korang.
*** sebenarnya tips ni untuk diri sendiri jugak T____T . jangan aku tulis jek tp aku tak amalkan...ngeeeee...
bagus info ni,wpun dh biasa dengar dan baca.=0
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini...:D
ReplyDelete