disebabkan aku dah nak dekat melangkah ke alam rumah tangga, mmg kalo ade masa free jek aku cari tips2 rumah tangga. banyak manfaat yang kita perolehi. bukan stakat tanya pada yang berpengalaman, kita cari jugak ilmu dari pembacaan. semoga dapatlah dijadikan panduan buat aku ngan kita semua. sharing is caring gituhhhhh...!!!!!
ni ade petua rumah tangga. bukan sebarang orang taw, dari ustazah Siti nur bahyah, alaaa...ustazah dari program semanis kurma yang bersama daling die tu..kadang2 kalo ingat aku juin la mak aku tgk ni..kalo leka sangat main cityville atau baca novel..mmg lupalah.. ok mari kita membaca bersama2 semoga dapat ilmu yang bermanfaat untuk hari ini.
Petua 8P daripada Ustazah Siti Nurbahyah.
1. P yang pertama adalah 'puji'. iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan dan ucapan terima kasih apabila diberikan pertolongan. tp janganlah terlebih puji pulak.
2. P kedua iaitu 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan adalah antara belaian kasih sayang. tp..janganlah terover peluk plak terutamanya kat tempat awam. tu bleh menimbulkan kejengkelan orang ramai tu
3. P seterusnya adalah ' penghargaan' dimana amalan memberi hadiah untuk menambahkan kasih sayang. tak mahal takpe..janji ade la jugak kan (mr.J take note pls)
4. 'Perhatian adalah P yang keempat yang mesti diambil berat keranakekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
5. P kelima adalag 'persefahaman'.
6. P seterusnya adalah 'pergaulan' iaitu suami dan isteri haruslah menjaga pergaulan masing - masing dengan orang lain bagi mengelakkan ianya melampaui batas, menimbulkan perasaan cemburu pasangan, dan seterusnya membawa pembabitan orang ketiga.
7. P yang ketujuh adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh dengan kesibukkan masing-masing. (take note jugak yang nih ye)
8. ok P yang last ni ialah 'permohonan' iatu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhkan daripada godaan keseronokkan duaniawi. Aminn
renung-renungkan...dan selamat beramal.
thanks for sharing...^__^
ReplyDelete