Wednesday, April 13, 2011

bajet perkahwinan



ni bajet yang anak bos aku bg kat aku untuk perkahwinan... entry ni bukan entry gendik-gedik sebab aku dah nak kawin ye. ini entry untuk dikongsi bersama. kita leh wat bajet untuk perkahwinan kita. semua maklum yang sesuatu majlis perkahwinan tu memerlukan bajet yang tinggi bergantung kepada besar mana majlis tu berjalan. sebelum perkahwinan pon kita sudah membuat kira-kira dan bajet untuk majlis tu... ok kat sini aku kongsi la ye bajet perkahwinan untuk panduan kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan bila-bila masa nanti. aku tak sure amik kat mana..tp takpelah kita kongsi lah ye...sharing is caring gituh...semoga dapat dijadikan panduan...

Pra-Perkahwinan

Kursus perkahwinan
RM
Wang hantaran
RM
Mas kahwin
RM
Upah jurunikah
RM
Kad jemputan
RM
Setem
RM
Cincin tunang
RM
Cincin kahwin
RM
Barang kemas
RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
RM
Tempat penginapan untuk rombongan
RM


Barang hantaran

Sirih junjung
RM
Potpurri
RM
Al-Quran
RM
Telekung/sejadah
RM
Kain ela
RM
Baju kurung
RM
Beg tangan
RM
Tuala
RM
Jam
RM
Kasut
RM
Satu set peralatan solek
RM
Satu set penjagaan badan
RM
Buah-buahan
RM
Puding
RM
Cokelat
RM
Kek
RM


Juruandam

Pelamin
RM
Bunga pahar
RM
Bunga telur/cenderahati tetamu
RM
Baju songket
RM
Hiasan bilik tidur
RM
Pintu gerbang
RM
Hiasan hantaran
RM


Abadikan Memori

Videografi yang siap disunting
RM
Jurugambar
RM


Kanopi

Kanopi
RM
Kerusi dan meja
RM
Alas meja
RM
Kipas siling
RM
Lampu
RM
Upah pekerja
RM


Hotel atau taman (untuk mereka yang nak buat majlis sama ada di hotel, taman, dewan)

Sewa hotel atau taman
RM
Kerusi dan meja
RM
Menu
RM
Penyambut tetamu
RM
Pengiring
RM


Makan Beradap

Set meja pengantin
RM
Kerusi dan Meja
RM
Alas meja
RM
Skirting
RM
Scallop
RM
Kerusi banquet
RM
Bunga bouquet
RM
Lauk pengantin
RM
Penanggah
RM


Katering

Nasi dan lauk pilihan
RM
Buah-buahan
RM
Air (kordial)
RM


yang ni kalo nak masak sendiri bolehlah buat bajet untuk bahan-bahan yang nak dimasak. contohnya brapa kilo bawang korang nak beli...berapa kampit beras...tu semua.

Hiburan

Kompang
RM
Silat pengantin
RM
Cak lempong
RM
Kumpulan marhaban/berzanji
RM


PA System

Satu set sistem PA
RM
DJ / MC
RM


Bulan Madu

Percutian
RM


Jumlah keseluruhan perbelanjaan

Jumlah perbelanjaan
RM


ok..kat atas tu hanya contoh sahaja....korang boleh tambah mana-mana yang patot..contohnya barang untuk hantaran tu..

senarai semak perbelanjaan

a)
Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
b)
Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c)
Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500






Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.




ok...itulah antara contoh yang dapat aku kongsi arini...boleh dijadikan panduan dalam perbelanjaan untuk sesuatu perkahwinan...nanti tak adalah over bajet plak...dan kita boleh berbajet mengikut kemampuan kita sendiri...


semoga entry ini dapat membantu korang semua....selamat melangkah ke alam perkahwinan...ngeeee...!!!!

1 comment:

  1. bolehlah dijadikan panduan utk adik ipar saya nanti..tq 4 sharing..^__^

    ReplyDelete

aku menulis korang mengomen...!!!