semalam selesailah sudah satu acara yang mak aku nak sangat tengok sebelum aku menikah. khatam quran. aku memang dah khatam 2-3 kali dah quran cuma majlisnya tak dibuat. masa naik quran jek buat. mula-mula mak aku ingat nak buat masa sebelum aku bersanding...tapi nampak gayanya tak dapeklah...sbb err..err...wohohohoh....sian mr.J....takpe tak lari gunung dikejar...
setelah berjumpa dengan cikgu ngaji aku yang last sebelum aku khatam dulu...so setlah masa nak buat lepas maghrib malam jumaat. senang je aku baca dari surah dhuha hinggalah surah terakhir dalam al-quran iaitu surah an-nas sambil bacaannya diperhatikan oleh cikgu mengaji aku.alhamdulillah semuanya berjalan lancar...bacaan aku ade gak sekat-sekat...tersilap nampak huruf T___T
tapi alhamdulillah...tamatlah sudah majlis khatam quran aku. tapi dah khatam bukan tayah dah baca quran. sbb aku rancang nak baca balik quran...nak betulkan sebutan, betulkan tajwidnya...kene cari cikgu mengaji ni...sbb kadang-kadang aku dok dengar dr quran explorer jek bacaan suci ayat alquran ni...sebelum nak khatam pon aku gi cek dulu bacaan kat quran explorer. alhamdulillah...semuanya dipermudahkan....
harap-harap majlis yang akan berlansung pada minggu depan pon akan berjalan dengan lancar. sbb smlam abah buat semayang hajat kat surau sambil-sambil meeting ngan ajk surau mengenai apa-apa yang patot untuk majlis aku...bak kata entry aku yang lepas...jiran sepakat membawa berkat.
tahniah yer...semoga di permudahkan segalanya...^^
ReplyDelete