Wednesday, June 8, 2011

tragedi tanjung kupang 1977

asik pokpet tak tentu hala jek kan aku nih..apa kata kita tambah ilmu dengan melihat kejadian-kejadian atau sejarah yang pernah berlaku di Malaysia yang kita tak pernah tahu atau terlupa yang pernah berlakunya peristiwa tersebut. (peh....senapas)

ok kali ni aku tertarik dengan tragedi tanjung kupang yang terjadi pada 4 disember 1977. apa yang jadi...pesawat MAS terhempas di tanjung kupang. rasanya itu kejadian pertama pesawat MAS terhempas...dan rasanya selepas tu blom ade lg kejadian serupa berlaku dan harap-harap takkan berlaku...

kronologi peristiwa :

7.21pm : pesawat boeing mh 653 berlepas dari pulau pinang - kl
7.46pm : berada diruang angkasa setinggi 4000 kaki
7.47pm : pilot melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat membalas ' 653 is cleared to land, surface wind calm'. kemudian pilot memaklumkan kepada pusat 'overshooting'. sebuah kapal yg menunda mh653 bertanya 'whats your problem?' dan pilot menjawab 'we have an emergency on board'
7.50pm : pesawat mh 653 memberitahu 'maintaining 3000 over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board'. kemudian pusat menjawan ' cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi pilot menjawab 'we are now proceeding to singapore' dan ' understand message receive' dan pusat menjawab 'message received understood'
8.05pm : pusat mengarahkan pesawat 653 menghubungi pusat kawalan singapore dengan radio frequency singapore, pusat kawalan di k.l memberitahu pusat kawalan singapore dan mereka membenarkan pesawat terbang setinggi 21,000 kaki
8.12pm : pusat singapore membenarkan pesawat turun ke paras 7000 kaki

kemudian komunikasi mereka terputus

8.30pm : lokasi mh 653 dilaporkan berada di tanjung kupang 

orang ramai yang melihat kejadian itu menyatakan mereka melihat sebuah kapalterbang yang terbakar dan menjunam tetapi naik semula sebelum meletup diudara kemudian kapal itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

jumlah korban :

100 orang, 93 penumpang dan 7 orang anak kapal
pilot : kapten G.K Ganjoor
co-pilot : Kamarulzaman Jalil
pramugara : Karim Tahir, Onn Jaafar
pramugari : Sharifah Sidah, Azian Borhanuddin

lain-lain yang terkorban : 

menteri pertanian, Datuk Hj Ali bin Hj Ahmad, 
ketua pengarah JKR, Tan Sri Mahfuz Khalid
pengarah kerjaraya bahagian tentera, Datuk Hj Khalid Mohamad
timbalan ketua pengarah perikanan, En. Abu Bakar Othman Merican
setiausaha politik Datuk Sri Hj. Ali, En, Hood Fadzil
duta cuba ke malaysia Mario Garcia Inchaustegui dan isteri

selain daripada 73 rakyat malaysia yang terkorban terdapat juga warganegara dari australia, britain, jerman, afghanistan, india, indonesia, amerika, cuba dan greek.

teori berlakunya tragedi :

1. dirampas oleh red army jepun
2. dirampas militan vietnam - singapore menahan 3 orang militan vietnam berikutan rampasan kapal terbang DC Air 3 Vietnam sebelum kejadian rampasan
3. dirampas penentang kerajaan cuba

walaubagaimanapun, kejadian masih lg misteri...tade yang hidup untuk bercerita mengenai kejadian...selain itu, dari bahan pembacaan aku, kotak hitam kapalterbang tu tak pernah dedah kat umum...rahsia..

akibat kejadian tu..mayat semuanya berkecai..mmg payah la nak pastikan mangsa...dorang dikuburkan dalam satu kubur besar dengan upacara pelbagai agama, seperti islam, kristian, buddha hindu. 

masa ni sistem keselamatan masih tahap rendah sbb ade beberapa pucuk pistol yang dijumpai...keadaan seperti yang diceritakan oleh saksi kejadian menyatakan tiada satu pon mayat yang sempurna. semuanya hancur berkecai, pakaian,duit,barang-barang bertebaran merata, cebisan daging manusia tersangkut di dahan-dahan pokok yang hangus bahkan ada yang tercampak ke bumbung rumah penduduk. oh ye...kapalterbang ni terhempas di kawasan paya. antara yang sedih apabila keluarga salah seorang pramugari dapat mengenali tangan yang dijumpai kerana masih terdapat sebentuk cincin di jarinya.


foto-foto semasa kejadian












sumber : forum cari, kreatifminda










4 comments:

  1. sebut psl tanjung kupang tetiba lapar kupang pulak...dah tghari nih...hehehe

    ReplyDelete
  2. dh lama tak makan kupang...dulu kat kg banyak..skang ni dah payah nak jumpe...wat kari pon sodap

    ReplyDelete
  3. baru je ulang baca pasal mende ni kat bod history..dh masuk blog upenye.hehe

    ReplyDelete
  4. hehe...utk ulangkaji history nih

    ReplyDelete

aku menulis korang mengomen...!!!