Friday, December 9, 2011

gembira

ye tajuk menggambarkan isi. kenapa. ini mengambarkan bahawa saya sedang gembira. menjadi seorang pregnant lady adalah gembira walaupun penat, letih, lelah, sakit sana sini. saya dapat merasakan pengalaman baru. paling seronok tgk perut yang semakin membesau kerana adanya isi yang menggembirakan...iaitu bukan lemak tetapi anak. berat badan? kita risaukan selepas bersalin nanti. buat masa ni berjimba dulu dengan perut yang boyot.

paling aku sonok bila anak aku dok berjimba dalam perut. geli la oi..rasa nak terkencing. kadang2 kalo tido mengiring kita bleh rasa mybe tangan atau kaki dia. lepas tu mungkin dia rasa tak selesa sbb terkepit gerak untuk betulkan kedudukan.

orang kata kasik dengar lagu klasik anak akan bijak. aku kasik lagik klasik. asmaul husna. hah...amacam...anak aku bukan main suka lagi kalo aku pasang asmaul husna. stakat klasik mozart or beethoven memang taleh celen. hahaha

skang ni dh masuk trisemester. anak aku bukan main dok berjimba sakan dalam perut. badan aku pon dh tak larat sangat nak membawak tapi kaki kuat lagik berjalan. kadang - kadang masa dia menendang bleh nampak perut aku gerak2...

ah seronotnya....nanti bila baby dah keluar mesti aku rindu masa dia dok dalam. pasal tayah risau pasal perut kannnnn...

2 comments:

aku menulis korang mengomen...!!!