Friday, October 5, 2012

rawatan alternatif : kadang kadang ianya perlu

dua tiga hari lepas luqman dia agak sensitip. mudah terkejut. taknak ditinggalkan sorang - sorang. kalo dulu aku letak kat ruang tamu dia main-main bila tgk sesapa takde dia hok hek je...lepas tu aku jengah

tapi dua tiga hari lepas dia tak hok hek...dia menangis sambil cari aku kat dapur. dia dh taw nak cari aku kat mana.

tapi memang rasa tak sedap hati. masa kerja mak aku call cakap luqman takmo tido. asik nak berkepit je dengan opah. adik aku balik barulah dia ok sbb nak main ngan poksu dia. mak aku takde pilihan. merangkak la luqman kat dapor pasal mak aku cakap dia takmo ditinggalkan.

kat rumah pon macam tu. aku goreng ikan je...dia tgh tido boleh meraung, aku tumis bawang pon tengah tido bangun terkejut meraung. kadang-kadang mata dia meliar je tgk sekeliling. kalo ade orang dia ok. kalo mcm takde orang, aku tinggalkan kejap je mesti menangis.

maka neneknya..iaitu MIL aku bawak pi jumpa ustaz. katanya terkejut. entahlah. MIL aku ckp maybe kena tegur. budak kecik kan boleh nampak apa yang kita tak boleh nampak. budak kecik jugak lemah semangat.

bagi aku benda-benda macam ni memang kita perlukan rawatan alternatif. tapi biarkan kaedah rawatan menggunakan ayat-ayat al-quran. bukan mentera, pakai tangkal yang bukan-bukan.

dah anak aku bukan sakit demam ke nak bawak doktor. dia lemah semangat takkan nak bawak gi psikiatri plak...

alhamdulillah dia dah ok...takde masalah kalo nak letak dia main-main kat hall...boleh la aku masak dengan gumbira


No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!