Wednesday, October 10, 2012

aku rasa aku dah tua (abaikan siggy bagi blog aku)

tua tak semestinya digambarkan dengan usia. banyak lagik benda-benda yang boleh menampakkan kita dah tua atau kelihatan makcik-makcik sangat...

walopon aku masih muda *tangan di dada mata keatas* aku dapat rasakan beberapa perlakuan aku yang membuatkan aku rasa aku dah tuo...

antaranya ialah :

aku makin kuat membebel...

geleng pala tengok fashion budak-budak skang ni

tak minat k-pop

suka menonton drama T____T

suka buat konklusi sendiri bila tengok drama..membebel bila ending tak seperti yang kita harapkan

aku mula letih bila orang suka tanya soalan yang bukan2 dekat aku yang buat aku rasa bodoh sangat nak jawab

aku asik pakai blouse....seb bek yang plain kalo bebunga T___T

aku asik dok memikirnya kerja-kerja rumah...lepas ni nak masak...nak sapu sampah..nak mop lantai...basuh baju...etc....*pinsan

sendi-sendi aku asik lenguh-lenguh jek

bila aku semayang lutut aku asik dok bunyik kruk krak bila time rukuk atau sujud T___T

aku dah makin tak minat dengan benda-benda yang comey....

semua benda yang tak kena pada mata aku....aku akan bebelkan...

aku gali balik lagu lagu lama yang aku dengar dari zaman sekolah rendah ke menengah ke zaman universiti...suede, travis, slam, eurythmics, oasis, the corrs, ella, paris hilton (tetiba)

dan yang paling makcik-makcik....aku dok pikir pada usia bila aku akan menimang cucu...padahal anak aku setahun pon belom umurnya.....



haaaaaaaaaaaa.........................

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!