Friday, December 10, 2010

panduan diet dan kalori makanan (part2)

kita sambung balik ye pelajaran kita pasal kalori nih. entry ari tu cite pasal panduan diet dan kalori dalam pemakanan harian kita. entry sambungan ni kita bagi panduan mengenai kandungan kalori dalam pemakanan rakyat malaysia. nnti bleh la jenguk2 makanan seharian kita dengan jumlah kalori yang diambil. macam mana kalori tu dikira jangan tanya akak jelly ye..akak pon tak taw..aku kongsi2 jek buat pengetahuan semua...bukan ke sharing is caring.

ok korang sila semak ye makanan yang diambil berserta jumlah kalori pada setiap makanan tu..nnti pandai2 la korang kira kalori korang tu...

kuih - muih 

1. kasui berkelapa parut (sekeping) = 160
2. kuih lapis (sekeping) = 130
3. bingka ubi (sekeping) = 220
4. cekodok pisang (sebiji sederhana) = 180
5. popia goreng (satu) = 130
6. popia basah (satu) = 95
7. pisang goreng (sekeping) = 170
8. kek tanpa krim (sepotong) = 87
9. karipap (sebiji) = 130
10. sandwich sardin (sekeping) = 70
11. bubur kacang (semangkuk) = 100

makanan segera

1. peha ayam goreng (satu) = 130
2. nugget ayam (satu) = 60
3. kentang lecek (satu tub kecil) = 90
4. kobis hancur (satu tub) = 75
5. burger keju (satu) = 425
6. kentang goreng (satu kantung kecil) = 405
7. sate ayam (secucuk) = 35
8. pizza berkeju (sepotong) = 240

makanan rutin

1.nasi putih (satu setengah cawan) = 260
2. nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400
3. nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635
4. nasi briyani ayam (sepinggan) = 880
5. nasi minyak kosong (sepinggan) = 445
6. nasi ayam kosong (sepinggan) = 300
7. mee goreng kosong (sepinggan) = 660
8. mee sup (semangkuk) = 380
9. mee hoon goreng (sepinggan) = 550
10. roti putih (2keping) = 156
11.roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200
12. capati tanpa kuah (sekeping) = 180
13. pau ayam (sebiji) = 203
14. emping jagung kosong (secawan) = 160

lauk pauk

1. ikan kembung kari berkuah (sekor) = 85
2. ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142
3. ikan kembong goreng (sekor)
4. ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210
5. daging lembu kari berkuah (2kotak mancis) = 130
6. ayam kari berkuah (seketol) = 250
7. ayam goreng (seketol) = 255
8. ayam tandori (seketol) = 220
9. sambal udang (setengah cawan) = 70
10. sambal sotong (setengah cawan) = 55
11. telor goreng (sebiji) = 110
12. taukua goreng (sekepign) = 110
13. kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40

buah-buahan

1. tembikai (sepotong) = 20
2. betik (sepotong) = 45
3. pisang emas (2biji) = 76
4. durian (5 ulas) = 64
5. limau (sebiji) = 110
6. jambu batu (sebiji) = 110
7. nenas (sepotong) = 59
8. epal (sebiji) = 63
9. ciku (sebiji) = 44
10. mangga (sebiji) = 103

minuman

1. minuman berkabonat (1tin 285g) = 120
2. minuman kotak 250g = 105
3. susu tepung penuh krim satu sudu makan = 33
4. susu tepung tanpa lemak satu sudu makan = 25
5. aiskrim 2 skop = 390
6. susu pekat manis 1 sudu makan = 71
7. yogurt rendah lemak 1 cawan = 90
8. teh tarik = 120
9. kopi susu = 120
10. teh 0 = 20

ok itu adalah sedikit info pasal makanan harian kitalah..itu antara contohlah..tak sangka teh o cuma 20 kalori jek..tp tak sure mybe blom campur ngan gula kot. so marilah kita amalkan pemakanan yang sihat...

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh
jelly merah

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!