Thursday, January 20, 2011

kota ngah ibrahim (part2)

baiklah murid2..ari ni kita sambung lg pelajaran bab dua kita mengenai kota Ngah Ibrahim. moh le weiii kita pg muzium...tgk bahan2 bersejarah. best wooo.. pehni aku nak terjah muzium mana lak..ater...muzium pekan, pahang tu dah siap renovasi ke belom. nak jugak menjenguk. ok kita smbung balik. kali ni kita jenguk bahagian atas muzium dan jugak sekeliling muzium. ok mari kita enjoy...

tangga naik 

selow2 jek aku naik tangga ni..takot reput..padahal elok jek..yelah aku naik selow..kang byk benda plak yg aku terkujat. dlm hati2 pon aku masih terkejut jugak...cisss...


tangga jugak lg tp amik dr bahagian atas


ni ape ye..aku pon tak ingt

tp kat bahagian atas ni aku hangin betol la..bleh plak memory camera aku full...ampes sungguh..terpaksa aku delete gambo2 dlm tu...aterr ade gak gambo dh transfer masuk pc tak reti2 la nak delete ke..tak pon cut and paste jek..dh jd satu keje nak mendelete.. dh la bebudak ni tinggal aku sensorang terkontang - kanting kat situ. pehtu aku tak sempat nak baca info2 yg ade sbb bz mendelete. amik gambo pon tak..






ni plak bilik tido Ngah Ibrahim. cantik..aku suka. penuh dengan barang2 antik. katil tu pon aku rasa nak angkut jek bawak balik. kalo la buleh kan. gobok tu pon aku minat, pemain piring itam pon..isk...mmg antik dan terjaga la...




ni rasanya mcm penghadang tu...cantik..berukir-ukir


kat bilik ni ditempatkan alat2 senjata yg digunakan zaman dedolu


perisai perang..eh...org panggil apa nih..perisai la kan?


pedang


keris 


alat untuk menulis


gambar tu menunjukkan mahkamah. mungkin pejuang yg menentang inggeris yg membunuh J.W.W Birch dibicarakan disini


ni gambaran yg menunjukkan rumah Ngah Ibrahim ni penah dijadikan sekolah. patung2 ni lah aku rasa mcm mata dorang meliar tgk aku...


ni pulak pejabat inggeris, setelah Ngah Ibrahim dibuang di Pulau Seychelles (mcm ni kot ejaan die) tanpa dibicara.


ni pulak pejabat Ngah Ibrahim (itu pon kalo aku tak silap)


beranda kat bahagian belakang muzium...syok kalo dpt amik angin kat sini smbil minum teh makan sukun goreng..pehhh



permandangan di luar muzium



yang ni pulak makam Ngah Ibrahim. kisah Ngah Ibrahim ni sedih jugak. yelah beliau boleh dikatakan sebagai pejunag bangsa, pejuang menentang Inggeris. beliau seorang yang kaya tp semasa akhir hayat beliau, beliau hidup dlm keadaan sensara. sudahlah dibuang di Pulau Seychelles..pehtu kene pindah plak kat Sarawak pehtu dibawak ke Singapura sebagai seorang tahanan. Beliau meninggal di Singapura, dan pada tahun 2006 barulah jasad beliau dibawa pulang dan ditanam di halaman rumah beliau. 






kat luar ni ade perigi.. ade dua perigi kat luar ni..satu untuk mandi satu untuk bekalan air minum.. rumah Ngah Ibrahim ni ade menara kawalan...tp dah runtuh..tp tangga masih ade lg...

itulah sedikit sebanyak info dan gambo yg dapat aku kongsi untuk tatapan semua pasal muzium Ngah Ibrahim nih. kalo free tu dtg la sini. masuk tak kene bayor pong. sesambil pg kole sepetang nak makan mee udang ape kate singgah sini dulu... baru syok nak makan mee udang ye dok..?



ok...last destination bersambung selepas ini


*** AL-FATIHAH buat Ngah Ibrahim dan pejuang menentang penjajah yang lain. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. aminnnn.....

No comments:

Post a Comment

aku menulis korang mengomen...!!!